IKS luar bandar ditakrifkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) sebagai sebuah syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi RM 25 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) (kini dikenali sebagai SME Corp Malaysia) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan IKS di kawasan luar bandar. Sebelum itu, terdapat IKS luar bandar yang didefinisikan berdasarkan modal. Akta Perindustrian 1975 (Pindaan 1986) mendefinisikan IKS luar bandar sebagai syarikat perkilangan yang mempunyai modal syer antara RM 50 000 dianggap sebagai industri kecil dan melebihi RM 2.5 juta dianggap sebagai industry besar. Menurut SMIDEC, IKS ialah gabungan dua jenis industri saiz kecil dan sederhana. Industri saiz kecil mempunyai kurang daripada 50 orang pekerja tetap dan nilai jualan tahunan kurang dari RM10 juta. Manakala, industri sederhana mempunyai antara 51 hingga 150 orang pekerja tetap dan nilai jualan tahunan adalah RM10 juta hingga RM25 juta.
Sektor ketiga seperti sektor pertanian dan perikanan telah dibangunkan melalui Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar di kawasan-kawasan luar bandar. Hal ini kerana IKS luar bandar memerlukan bahan-bahan mentah seperti hasil-hasil pertanian, perikanan dan perhutanan untuk proses pengeluaran kilang mereka. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian penduduk kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS luar bandar
Secara khususnya, hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi akan meningkat. Secara tidak langsung, sektor pertanian akan meningkat. Hal ini kerana diperkukuhkan oleh dasar kerajaan yang memberi perhatian serius melalui usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS luar bandar terhadap bahan mentah yang semakin meningkat. Tuntasnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar ini merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara Malaysia yang ini.
Keunikan negeri-negeri dalam Malaysia mempunyai pelbagai kesenian dan budaya tersendiri daripada penduduknya yang pelbagai bangsa dan agama mereka. Dengan kewujudan perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) luar bandar ini, negara kita Malaysia menjadi antara negara yang banyak menghasilkan barangan kraftangan unik daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia ini. Para pelancong yang datang melawati negara kita Malaysia sanggup membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan kepada rakan-rakan mereka apabila kembali ke tanah air mereka kelak. Hal ini telah membuktikan bahawa kualiti serta keunikan kraftangan penduduk bumi Malaysia telah menarik lebih ramai pelancong melancong di negara Malaysia. Impaknya perkara ini bukan sahaja dapat meningkatkan kredibiliti imej perniagaan serantau Malaysia sebagai negara berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.
Mengurangkan pengangguran iaitu membekalkan peluang pekerjaan. IKS adalah industri berintensifkan buruh dan bukan intensif modal . Intensif buruh bermaksud IKS kurang menggunakan mesin dan lebih menggunakan tenaga pekerja terutamanya dalam operasi pengeluaran. Keperluan tenaga buruh yang ramai mewujudkan banyak peluang pekerjaaan dan akan mengurangkan pengangguran serta meninggikan taraf hidup masyarakat
Meningkatkan tabungan dalam ekonomi negara. Kebanyakan modal IKS berpunca daripada simpanan pemilik sendiri. Jesteru pengusaha IKS terpaksa menyimpan wang bagi tujuan pengumpulan modal. Secara kolektif IKS dapat meningkatkan kadar tabungan dalam ekonomi dan mengurangkan pembaziran.Tabungan pengusaha IKS dapat dilaburkan untuk pembangunan ekonomi dan negara.Apabila taraf hidup meningkat maka lebih banyak tabungan akan dilakukan oleh rakyat maka pendapatan institusi kewangan juga akan meningkat.
Pengagihan pendapatan negara lebih adil kerana IKS menawarkan upah yang lebih tinggi kepada pekerja kurang mahir. Kewujudan IKS dapat mengurangkan jurang perbezaan pendapatan penduduk .IKS memberi peluang kepada pekerja kurang mahir dan separuh mahir mendapat gaji setaraf dengan pekerja mahir dan professional. Bagi majoriti pekerja yang kurang mahir dan berpendidikan rendah, amatlah sukar bagi mereka mendapat pekerjaan. Kewujudan IKS dapat memberi peluang pekerjaan kepada kumpulan ini dan seterusnya membantu mengurangkan ketidakseimbangan dalam pengagihan pendapatan.
Memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai asas operasi kilang. Pelbagai ilmu pentadbiran dan pengurusan untuk menjalankan aktiviti IKS.
Menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja. IKS memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek operasi kilang. IKS juga memberi peluang kepada pengusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran kilang. Usaha sama antara IKS dan syarikat besar luar negara dapat membantu pemindahan teknologi dari luar negara ke negara ini.
Kemahiran dan modal pekerjaan kepada rakyat boleh digunakan untuk memajukan ekonomi negara. IKS dengan kemahiran dan modal yang terhad,ramai usahawan berjaya telah mengembangkankan syarikat mereka menjadi syarikat yang dihormati dan terkemuka dipersada dunia.
Mengukuhkan struktur asas industri negara. IKS dapat memperkukuhkan struktur asas ekonomi melalui hubung jalin dan pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa. Kewujudan IKS adalah pelengkap kepada industri besar diharapkan dengan lebih banyak pertumbuhan IKS maka cita-cita negara untuk menjadi negara perindustrian akan tercapai. IKS diharapkan mempunyai ilmu pengetahuan k-ekonomi dan mampu menyumbang membangunkan ekonomi negara.
Mengurangkan import barang pengguna. IKS menawarkan banyak pilihan barang bermutu kepada penguna pada harga yang lebih rendah, berbanding syarikat besar penjualan barang pada harga yang tinggi.Mengurangkan kebergantungan barangan import. IKS akan sentiasa menambahkan pengeluaran barang tempatan , maka barang import akan dikurangkan oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan aliran keluar mata wang negara seterusnya menjimatkan pertukaran mata wang asing
Latihan dan bimbingan yang berterusan contoh daripada MARA maka ramai usahawan IKS akan mendapat kemahiran, pengetahuan dalam bidang perniagaan untuk mengeluarkan barang yang bermutu dan berpotensi untuk dieksport ke luar negara.
Modal IKS daripada simpanan pemilik sendiri jadi pengusaha terpaksa menyimpan wang untuk pengumpulan modal dan ia akan meningkatkan tabungan dalam ekonomi negara. Tabungan IKS akan dapat digunakan untuk pembangunan ekonomi negara
Memaksimumkan penggunaan bahan-bahan mentah tempatan contohnya industry IKS berasaskan perabut hanya perlu menggunakan buluh sebagai bahan mentah. Pertambahan barangan IKS di dalam pengeluaran negara maka ia mampu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import sekaligus aliran keluar mata wang negara akan dapat dikurangkan.
IKS juga banyak menawarkan barangan bermutu kepada pengguna pada harga yang lebih rendah berbanding barangan import. Mereka juga berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu untuk diiimport ke luar negara.
Masalah modal dan pembiayaan. IKS biasanya sukar mendapatkan pinjaman modal daripada institusi kewangan. Hal ini kerana pengeluaran IKS adalah berskala kecil dan terhad. Bank kurang berminat memberi pinjaman kerana IKS tiada cagaran. Usahawan IKS juga sukar mendapatkan bekalan secara kredit daripada pembekal jadi mereka akan menghadapi masalah pusingan modal. Kebanyakan sumber modal IKS adalah daripada tabungan pengusaha sendiri sumbangan ataupun pinjaman daripada saudara-mara dan kawan-kawan.
Produktiviti dan teknologi yang rendah. Usahawan IKS menggunakan mesin yang ringkas dan berteknologi rendah oleh sebab itu barang yang dihasilkan juga terhad. Pengurusan tidak cekap, teknologi ketinggalan zaman, kurang inovasi menghalang perkembangan IKS. Ada antara pengusaha IKS yang masih menggunakan teknologi lama dan enggan menghantar pekerja untuk latihan atau berkursus akibatnya tiada peningkatan kemahiran di kalangan pekerja untuk meningkatkan produktiviti.
Penggunaan tenaga kerja yang kurang berkemahiran juga mengakibatkan barang yang dihasilkan tidak seragam dan kurang bermutu. IKS tidak mampu menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada perkhidmatan yang lebih baik berbanding dengan syarikat yang lebih besar berupaya mengaji pekerja berdasarkan pengalaman, kemahiran dan kelayakan pemohon.
Masalah pengurusan syarikat. Biasanya usahawan IKS tidak mengamalkan pengkhususan sepenuhnya dan akan melakukan pelbagai kerja sendiri dengan dibantu oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja. Usahawan IKS biasanya tiada kemahiran dan kurang pengalaman dalam pengurusan syarikat. Pengurusan yang kurang bersistem ini menyebabkan syarikat tidak dapat mencapai tahap pengeluaran dan kecekapan optima.
Majoriti pengusaha IKS taraf pendidikan mereka rendah dan tidak mengamalkan prinsip pengurusan moden dalam struktur pentadbiran mereka. Mereka masih mengamalkan cara tradisional dalam pengurusan IKS.
Kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah. Pembekal yang menjual bekalan mentah secara kredit juga mengenakan pelbagai syarat untuk dipatuhi oleh pengusaha IKS. Pengusaha sukar mendapatkan bahan mentah bermutu pada harga yang rendah. Ada juga bahan mentah yang diperlukan tiada dipasaran negara menyebabkan mereka terpaksa mengambil barang import. Harga bahan mentah import yang tidak stabil turut mendatangkan masalah kepada pengusaha IKS . Kadang-kala IKS terpaksa membayar harga bahan mentah lebih tinggi daripada industri besar.
Modal yang kecil juga tidak memungkinkan pengusaha IKS untuk membeli dan menyimpan stok yang banyak , jadi bekalan stok selalu terputus akan mengakibatkan proses pengeluaran terganggu.
Persaingan dalam pemasaran barang. Pasaran IKS adalah terhad hanya bergantung kepada pasaran domestic untuk memasarkan barang maka perkembangan IKS juga akan terbantut. usahawan IKS juga tidak mempunyai cukup modal serta kepakaran untuk membuat promosi secara besar-besaran, jadi maklumat tentang barang yang dikeluarkan tidak dapat disebarkan ke merata tempat, terutamanya kepada pasaran luar negara. Usahawan IKS terpaksa bersaing sesama sendiri kerana kebanyakan mereka hanya tertumpu kepada pasaran tempatan sahaja. Hal ini kerana usahawan IKS kurang berpengalaman untuk menerokai pasaran asing dan kurang berkemampuan dalam mempromosikan keluaran mereka..
Masalah hubungjalin dengan industri berat. Kualiti barangan dan produktiviti yang rendah menjejaskan hubungan IKS dengan industri besar., walaupun IKS adalah industri sokongan kepada industri berat namun sikap sesetengah industri berat lebih suka mendapatkan komponen dari industri berat sendiri atau daripada anak syarikat mereka Ini disebabkan kadang kala kegagalan IKS memenuhi kontrak seperti mana yang dikehendaki oleh industri besar. kegagalan memenuhi kontrak akibatnya IKS lagi mendapat subkontrak daripada industri berat.Industri berat mahu memastikan bekalan yang mereka perolehi mengikut standard dan berkualiti serta menjamin bekalan yang diperolehi tidak terputus. Apabila keadaan ini berterusan ia akan menjejaskan hubungan dan usahasama industri IKS dan industri berat, kerana salah satu tujuan penubuhan IKS ialah sebagai pelengakap kepada industri berat.
Terdapat IKS menjalankan operasi di kawasan yang tidak mempunyai infrasuktur yang mencukupi untuk menjimatkan kos .Industri IKS boleh dijalankan di kawasan bandar, pinggir bandar atau berhampiran sumber bahan mentah, asalkan memenuhi syarat dan kos yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, disebabkan jumlah modal yang terhad, ada pengusaha IKS yang menempatkan premis mereka di kawasan yang tidak dibenarkan seperti di kawasan perumahan , di tanah rizab kerajaan, dan sebagainya. Terdapat juga pengusaha IKS mengubahsuai kediaman mereka untuk dijadikan premis perniagaan. Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada pengusaha tetapi juga kepada penduduk setempat khususnya jiran tetangga.
Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah. Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi melalui Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi IKS yang mampan. Antara langkah yang membangunkan IKS luar bandar merupakan memperbaiki sistem sokongan institusi dan memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan. Seterusnya, untuk menaiktaraf kemahiran teknologi dan mempertingkatkan akses pasaran juga merupakan langkah-langkah membangunkan IKS luar bandar. Tambahan pula, menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak dan untuk menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek.
Dalam menggalak dan menaiktarafkan IKS Bumiputera di bawah Masyarakat Perdagangan dan Bumiputera (BCIC) usaha akan dipertingkatkan lagi untuk membantu usahawan Bumiputera memperbaiki kemahiran mereka di dalam pengurusan perniagaan, ICT, R&D, pembangunan produk dan pemasaran dan juga mewujudkan hubungan strategik dengan usahawan bukan bumiputera. Untuk membolehkan PKS dalam industri luar bandar menembusi pasaran dunia, usaha untuk mempertingkatkan daya saing mereka akan digiatkan. Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih besar. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di dalam proses industri luar bandar, memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.
SMIDEC ditubuhkan untuk mengatasi masalah IKS , memperkenalkan pelbagai program contoh membuat promosi tentang IKS ,bantuan teknikal modal serta pemberian subsidi. Merapatkan kerjasama dengan syarikat besar, sentiasa memastikan keluaran IKS adalah bermutu dan bertaraf global. Program penyelidikan dan pembangunan di berikan kepada teknologi IKS. Teknologi IKS yang berinovatif akan diberikan pengecualian cukai iaitu Program Tahap Perintis. Elaun bagi modal yang dilaburkan oleh IKS.Perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan R&D akan diberikan pemotongan cukai. Agensi dan badan yang membantu untuk penyelidikan IKS ialah Mimos dalam bidang telekomunikasi , MARDI, PORIM dan MPOB dalam bidang pertanian, SIRIM Mengiktiraf kualiti keluaran rekebentuk dan kejuruteraan. Program Rantaian Industri (ILP) ialah untuk merapatkan hubungjalin atau kerjasama dengan syarikat besar dan multinasional. Program ini bertujuan menjadikan IKS sebagai pengeluar penting kepada barangan elektronik, komputer, aksesori mesin dan sebagainya. IKS bertindak sebagai vendor kepada syarikat besar.
Program Bantuan Kewangan oleh institusi kewangan dan SMIDEC.Contoh apabila IKS menghadapi masalah kewangan aka nada tabung untuk memulihkan krisis kewangan tersebut. PAKSI pula bertindak sebagai permulaan kepada IKS untuk membiayai modal kerja, membeli jentera ,mesin dan lot kilang.Tabung Bantuan Teknikal Industri ditubuhkan bertujuan untuk memberi geran. Tujuan tabung ini ialah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan produk pengeluaran . MARA, MIDF, Agrobank adalah agensi yang terlibat yang sentiasa memberi bantuan pinjaman kewangan kepada IKS yang mempunyai masalah permodalan dan kewangan IKS. Program Pembangunan Infrastruktur oleh MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan UDA ( Perbadanan Pembangunan Bandar). Program ini menyediakan tapak kilang dan prasarana yang baik kepada IKS. Taman Perindustrian IKS ditubuhkan disetiap negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri dan Malaysian Industrial estate Sendirian Berhad (MIEL). Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja IKS. Menyediakan klinik perniagaan , seminar , latihan dan bantuan kepada IKS. MARA berindak memberi ilmu dalam bidang keusahawanan , memberi pinjaman, semangat dan bagaimana memulakan ilmu IKS. Jabatan Kemajuan Masyarakat di bawah kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan untuk memberi ilmu kemahiran dalam bidang jahitan, kraftangan, pertukangan dan sebagainya.MEDEC (Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia) bertujuan memberi latihan, ISO 9000 dan ilmu usahawan kepada IKS.MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia ) untuk meningkatkan produk dan mutu pengelauaran IKS. FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia), MARDI ( Institute Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) adalah contoh pelbagai agensi yang menbantu menyediakan latihan kemahiran dan teknikal.Mereka juga bertindak memberikan ilmu usahawan kepada IKS.
Pembangunan Pemasaran untuk mempromosikan keluaran IKS seperti pameran , lawatan perniagaan, majalah portal , ekspo atau carnival untuk membantu memasarkan produk IKS. MARA ditubuhkan untuk memberi latihan , ilmu dan kemahiran kepada IKS bagaimana memulakan perniagaan. FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) bertindak memasarkan barangan pertanian dan memasarkan produk tersebut. MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) memberi ilmu tentang produktiviti, dalam import dan eksport barangan ke luar negara, memeperluaskan pasaran produk IKS.
Industri kecil dan sederhana adalah penting untuk ekonomi negara dalam merealisasikan wawasan 2020 seperti yang telah dirancang oleh kerajaan. IKS sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara tidak langsung semangat cintakan negara akan bertambah. IKS telah memberi sumbangan dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah pekerjaan, nilai keluaran dan harta tetap. IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing . Peranan dan sumbangan IKS ini menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Oleh itu, semua pihak terutama pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS. Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Majulah IKS untuk rakyat, ekonomi dan negara Malaysia.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.