Anugerah Kecermelangan

 

Anugerah Kebangsaan Tun Abdul Razak, 11 Mac 1980

- Diberikan kerana perkhidmatan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat sejagat. Ini merupakan kali pertama anugerah ini diberikan kepada sesebuah organisasi.

Ramon Magsaysay Award (Government Services) - Dianugerahkan kepada YM RM Alias, Tokoh FELDA, 31 Ogos 1990

- Usaha pembangunan tanah dalam membasmi kemiskinan dan pembangunan sosial di kawasan pedalaman di Malaysia.

Anugerah Pengurusan Kewangan JPA, 1992

- Diberikan kepada jabatan yang mempamerkan ciri-ciri kecemerlangan dalam pengurusan kewangan.

Anugerah Pengurusan Projek JPA, 1993

- Menunjukkan kaedah pengurusan yang cemerlang dalam menguruskan projek-projek pembangunan.

Anugerah Pengurusan Sumber Manusia JPA, 1993

- Perancangan, pembangunan dan penggunaan sumber manusia yang optimum telah dilaksanakan secara teratur dan bersistematik.

Anugerah Pengurusan Teknologi Maklumat JPA, 1993

- Diberikan kepada organisasi yang mencapai kecemerlangan dalam pembangunan teknologi maklumat.

Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Dato' Ahmad Sarji Abdul Hamid, 1993

- Diberikan kepada organisasi kerajaan yang berjaya mempamerkan prestasi cemerlang.

Anugerah Leader Agriculturer & Logging Sector (FELDA Holdings Sdn. Bhd.), 2003

- Anugerah Malaysia 1000 Kualiti Kerja yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan BASIS.

Anugerah Ladang Bahagia Kementerian Sumber Manusia (FELDA Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah), 2003

- Dianugerahkan kepada organisasi yang prihatin terhadap keselamatan, keselesaan dan kebajikan kakitangan (Sempena Hari Pekerja 2003).

Anugerah Khas Penternak Integrasi, FELDA Farm Products Sdn. Bhd, 5 Oktober 2004

- Pencapaian membanggakan dalam usaha membangunkan sektor pertanian Negara (Pengurusan aktiviti penternakan integrasi baik dan bersistematik).

Anugerah Ladang Bahagia Kementerian Sumber Manusia (Ladang FELDA Sempadi 1, Sarawak), 2005

- Dianugerahkan kepada organisasi yang prihatin terhadap keselamatan, keselesaan dan kebajikan kakitangan (Sempena Hari Pekerja 2005).

Anugerah Tonggak Kesejahteraan Peneroka, 6 Mac 2006

- Pengiktirafan kerajaan melalui MPOB kepada pihak industri yang banyak menyumbang kepada kemajuan pekebun kecil dan industri sawit.

Outstanding Ruminant Entrepreneurship, 2007

- Pengiktirafan terhadap sumbangan besar dalam kecemerlangan pengurusan dan amalan terbaik dalam industri ternakan.

Anugerah Hiramatsu, 2010

- Pengiktirafan antarabangsa daripada Jawatankuasa One Village One Product (OVOP) yang mengiktiraf pembangunan program SAWARI yang efektif dan berkesan bagi menambah pendapatan warga peneroka.

Pensijilan Pensijilan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), 2010

- Pengiktirafan antarabangsa terhadap FELDA sebagai institusi yang beretika dan prihatin terhadap aspek sosial dan alam sekitar bagi kawasan pekebun kecil berkelompok.

Pensijilan MS ISO 9001: 2008, Disember 2011

- FELDA berada di peringkat akhir proses Pensijilan MS ISO 9001: 2008 daripada CI International Certification Sdn Bhd

Penarafan 5 Bintang dan Overall Top 10 Websites 2011, Disember 2011

- Pengiktirafan terhadap Laman Web FELDA daripada Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) (Disember 2011)

Anugerah Koperasi Cemerlang Negara 2011 (Kluster Besar), Julai 2011

- Koperasi Permodalan FELDA menerima Anugerah Koperasi Cemerlang Negara 2011 sempena Sambutan Hari Koperasi Negara 2011

 

Ikuti Kami di Instagram