INISIATIF KERAJAAN KEPADA PENEROKA FELDA

 

Dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum, Kerajaan telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai ejen untuk melaksanakan pembangunan kawasan pedalaman. Secara umumnya, FELDA telah berjaya meningkatkan taraf sosioekonomi golongan sasar melalui pembukaan tanah rancangan. Bagi memastikan kemampanannya, FELDA terus memperkukuh dan memperkemas program pembangunan melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti pengurusan ladang komersial, pelaburan hartanah dan aktiviti hiliran.


Kerajaan telah memberi banyak bantuan kepada peneroka FELDA untuk membantu meringankan beban mereka. Pada May 2020, setiap peneroka FELDA, FELCRA dan RISDA diberi RM300, yang memanfaatkan seramai 495,000 orang dan berjumlah sebanyak RM148 juta. Ini menunjukkan prihatin kerajaan kepada peneroka dan pengusaha khususnya ketika keruduman ekonomi akibat daripada pandemic ini.


Malah, Ketika pembentangan bajet 2020 kerajaan telah menyediakna inisiatif kkepada pengusaha FELDA iaitu memberikan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu. Kerajaan juga cuba membantu mengahapuskan hutang pengusaha FELDA, pada pembentangan bajet 2021 menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meberikan inisiatif sebanyak RM400 juta kepada pengusaha FELDA untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu. Selain itu, Tengku Zafrul juga memberikan peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah .


Pada tahun 2020, bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan lancar, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terpaksa membuat pinjaman dan telah menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion. Oleh sebab itu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama dua tahun kepada Felda untuk salah satu daripada hutangnya dan sebuah institusi yang lain memberi Felda moratorium selama enam bulan.


Menerusi bajet 2018, kerajaan telah meringankan beban kepada pengusaha FELDA dengan pemberian 'durian runtuh' kepada 112,000 peneroka FELDA termasuk bayaran Insentif Khas Peneroka berjumlah RM5,000. Ketua Kampung FELDA Kota Gelanggi 1, Nordin Yet, telah menyatakan bahawa peruntukan RM60 juta untuk program tanaman semula kelapa sawit juga menggembirakan peneroka sekali gus dapat meningkatkan pendapatan masing-masing. 


Pada Jun 2020, kabinet telah meluluskan penubuhan sebuah pasukan khas bagi menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Felda. Ia diketuai oleh Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar. Pasukan yang turut disertai Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas pengerusi, Tan Sri Ahmad Bakke Salleh bersama tujuh anggota yang mewakili pelbagai kementerian serta industri telah membuat beberapa cadangan bagi memulihkan Felda. 

Langkah penambahbaikan dan model FELDA baharu yang digariskan merupakan usaha bersepadu bagi mengembalikan reputasi dan prestasi FELDA di samping memastikan pembangunan sosioekonomi yang mampan dan memberi manfaat kepada masyarakat peneroka. Penstrukturan semula Kumpulan FELDA, penambahbaikan model perniagaan termasuk penyusunan semula pelaburan dan pengukuhan kewangan akan menjadi asas bagi meletakkan FELDA kembali ke landasan asal objektif penubuhan FELDA. Pada masa yang sama, langkah pengurangan beban hutang dan pelan pembangunan sosioekonomi peneroka akan dilaksanakan bagi memelihara hak dan kepentingan peneroka. Usaha pembangunan tanah rancangan FELDA akan diteruskan bagi memastikan kawasan dan masyarakat peneroka tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara. Kerajaan komited untuk melaksana reformasi tadbir urus FELDA untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan membolehkan FELDA bangkit semula menjadi agensi yang disegani di peringkat antarabangsa. Selain itu, pembangunan sosioekonomi yang komprehensif melalui pelbagai agensi Kerajaan akan membuka peluang yang lebih besar kepada masyarakat peneroka untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Kerajaan akan memastikan semua usaha yang digariskan ini akan dilaksana dalam tempoh ditetapkan. Untuk fasa seterusnya, Kerajaan dan FELDA akan bersama-sama meneroka peluang baharu yang akan memberi manfaat kepada FELDA dan juga masyarakat peneroka.

Antara inisiatif  antaranya Projek Pembangunan Peneroka (PPP) yang diperkenalkan dalam Kertas Putih. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 billion untuk melaksanakan pelbagai program bagi tempoh empat tahun. Pelaksanaan PPP dibuat melalui tiga model iaitu model peneroka (komuniti), model komersial dan model bersama Agrobank. Selepas itu, Penerbitan sukuk berjaminan kerajaan bernilai RM 9.9 billion. Sukuk Felda pertama bernilai RM2 billion telah diterbitkan pada Mac lalu. Keseluruhan hasil terbitan sukuk itu digunakan untuk menjelaskan pinjaman Maybank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia secara tidak langsung mengurangkan hutang Felda. Kerajaan juga membantu Felda dengan komitmen menyuntik geran tahunan sebanyak RM 990 juta selama 10 tahun bagi membayar prinsipal tahunan sukuk. Kemudian, Mengambil alih FGV. Sehingga kini, Felda telah berjaya menguasai 81 peratus saham FGV setelah tempoh tawaran pengambilalihan mandatori tamat pada 15 Mac 2021. Pengambil alihan FGV amat penting bagi memastikan Felda mendapat kembali 351,000 hektar tanah ladangnya yang dipajak dan seterusnya meningkatkan sumber pendapatan dari tanah ladang.

Noor Syahidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti Kami di Instagram