PERANAN FELDA DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN LUAR BANDAR

 

PERANAN FELDA DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN LUAR BANDAR

 


Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

Pembangunan rancangan FELDA adalah pembangunan tanah terkawal dan berkelompok. Fungsi utama FELDA adalah untuk mendorong dan membantu penyelidikan dalam perancangan dan pelaksanaan tanah persekutuan. Kerajaan negeri telah menyerahkan kawasan tanah yang dirancang oleh FELDA dan menurut Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 sebagai peruntukan Wilayah Pembangunan atau “Development Area”. Tujuan pembangunan tanah mengikut peruntukan Akta Tanah 1960 (Kawasan Penempatan Berkelompok) menghasilkan pulangan ekonomi peneroka menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh FELDA. FELDA telah ditetapkan sebagai Biro Pembangunan atau “Development Authority” peranan dalam bidang perancangan dan pengurusan. Antara tugas – tugas yang dilaksanakan oleh FELDA dalam memajukan kawasan luar bandar adalah mengenal pasti kawasan yang akan dimajukan, membangunkan kawasan rancangan kepada kawasan pertanian (Rural Settlement Area) dan kawasan perkampungan (Urban Settlement Area). FELDA juga berperanan dalam menyediakan “By-Laws” mengenai penggunaan tanah kawasan pertanian yang tidak sesuai ditanam dengan tanaman utama dan kawasan perkampungan yang belum digunakan bagi tujuan pembangunan.

FELDA juga berperanan untuk membuka dan memajukan tanah bagi tujuan kawasan perladangan dan menempatkan rakyat yang tidak memiliki tanah dengan tujuan untuk meningkatkan taraf hidup sosioekonomi peneroka. Melalui permukaan tanah baru, golongan miskin dipindahkan ke skim pembangunan tanah baru. FELDA memberi jaminan mana-mana peneroka yang tidak memiliki tanah memperoleh tanah melalui skim tanah berkelompok yang ditawarkan dan kehidupan yang lebih baik melalui aktiviti sosial ekonomi yang dirancang. Projek ini melibatkan eksplotasi tanah secara besar-besaran seperti skim pertanian kepala sawit dan getah oleh FELDA. Contohnya, FELDA telah membangunkan dan menanam kira-kira 400 ribu hektar tanah baru dan menempatkan semula 41288 keluarga dan kini FELDA telah menjadi salah satu agensi pembangunan tanah yang paling besar di Malaysia. Walaubagaimanapun, berdasarkan Ordianan Pembagunan Tanah 1957 telah menetapkan bahawa FELDA tidak akan menggalakkan, melaksanakan, membantu atau menyertai sebarang projek pembangunan tanah dalam mana-mana negeri sebelum dirunding atau dijemput oleh Lembaga-lembaga Tempatan yang bertanggungjawab bagi penubuhan dan pentadbiran rancangan tersebut.

 

Menggalakkan dan membantu penyiasatan, perancangan dan pelaksanaan projek-projek bagi pembangunan dan penempatan tanah Persekutuan.

Pembangunan penempatan FELDA merangkumi kemudahan infrastruktur dan utiliti disediakan oleh berbagai-bagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan berdasarkan konsep kerjasama. Cara pendekatan yang digunakan dalam pembangunan FELDA ialah peneroka ditempatkan ke dalam rancangan setelah rumah mereka dan jalan raya siap dibina, kemudahan sosial, kebudayaan dan agama serta utiliti awam telah disediakan serta tanaman telah ditanam. Penempatan FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan ekonomi dan sosial para peneroka (Jamaluddin lamin, 1976). Unit-unit penempatan ini, mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kemudahan para peneroka, sekolah bagi pendidikan anak-anak mereka, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid tempat beribadah bagi kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti bagi perkembangan mental, kedai bagi memenuhi keperluan harian serta bekalan elektrik untuk rumah dan jalan raya. Penyediaan infrastruktur di penempatan FELDA menggambarkan usaha untuk membawa medenisasi ke kawasan desa iaitu berasaskan kepercayaan bahawa perubahan sosioekonomi tidak dapat dicapai jika pusat-pusat penempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal.

Perancangan penempatan FELDA adalah berdasarkan konsep bahawa reka bentuknya mestilah berbentuk gabungan ciri-ciri bandar dan desa. Pembangunan di kawasan FELDA dirancang berselang-seli dengan menggunakan tanah lain bagi di pusat penempatan. Penyediakan ruang terbuka adalah sebahagian daripada seluruh pelan menggunakan tanah kampung atau bandar. Ini digunakan sebagai zon penempatan untuk mengasingkan kawasan kediaman dengan kawasan yang lain, kawasan kediaman dan pusat kampung atau bandar dan kawasan kediaman dengan kegunaan industri.

 

Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan FELDA diberikan kuasa mentadbir.

FELDA berperanan dalam membantu sektor pertanian terutamanya dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan serta pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan. Peneroka turut memperolehi pendapatan daripada pelbagai aktiviti “non-farm” yang dijalankan di tanah rancangan. FELDA juga menyediakan dana pusingan yang dinamakan Skim Insentif Usahawan (SIUF). Skim ini telah wujud pada tahun 2002 melalui tabungan pusingan RM50 juta. Tujuan utama skim ini untuk membantu peneroka terlibat dalam pelbagai projek yang dijalankan seperti rancangan ternakan, tanaman, akuakultur, perusahaan, perniagaan serta kraf. FELDA telah memberi bantuan dalam bentuk  peralatan dan input projek untuk membiayai kos modal melalui projek yang dijalankan. Peneroka dapat meningkatkan lagi produktiviti dalam sektor pertanian dan dapat membangunkan sesebuah kawasan rancangan melalui bantuan modal yang diberikan. Ini dapat mengukuhkan lagi dengan penubuhan kilang-kilang, perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berorentasikan sumber pertanian seperti getah dan kelapa sawit.

FELDA juga berperanan dalam mengeksplotasikan hutan utama serta hutan sekunder negara yang belum diusahakan yang didapati sesuai untuk pembangunan. Penubuhan FELDA dirancang bagi meningkatkan lagi sumber ekonomi negara yang berkaitan dengan pertanian pasca perniagaan pada skop tertentu. Hal demikian, FELDA ditubuhkan bagi menyuntik dana untuk meneruskan agenda pertanian seperti termaktub dalam Dasar Pertanian Negara. FELDA juga diberi inisiatif baharu untuk memperluaskan lagi skop bagi bidang fungsi untuk menyediakan kerja-kerja kepada masyarakat bumiputera yang tidak mahir dalam apa jua bidang untuk bergerak bersama-sama dengan FELDA bagi merealisasikan hasrat kerajaan. FELDA juga telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah mengkhususkan bidang pertanian sebagai satu cabang utamanya bagi meningkatkan sektor pertanian.

 

Sumber : https://felda.gov.my/umum/felda/mengenai-felda

Vantae

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti Kami di Instagram