Pada waktu ini, kebanyakan belia di pinggiran bandar
tempatan lebih suka bekerja di sektor pembuat dan runcit daripada sektor
pertanian dan perladangan. Hal ini kerana mereka mendakwa pekerjaan di sektor
pertanian membebankan dan meletihkan, sulit, kotor dan membahayakan nyawa.
Selain itu, perspektif negatif belia terhadap pekerjaan ini kerana mempunyai
masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dan perlumbaan motor haram juga
menjauhkan mereka dari sektor ini. Namun begitu, segelintir belia berfikiran
positif terhadap industri kelapa sawit. Mereka menyedari betapa pentingnya
industri ini dan mereka mempunyai keinginan untuk menyumbang ke arah kemajuan
industri ini. Hasil kajian, aspek positif melebihi yang negatif. Penyelidikan
ini melaporkan kedudukan 8 konstruk yang didapati positif di kalangan responden
terhadap industri kelapa sawit. Status sosial berada di kedudukan tertinggi
(3.31), diikuti oleh pengurus (3.24), keserasian dalam industri (3.18), rakan sekerja
(3.13), sifat pekerjaan (3,07), keadaan fizikal di tempat kerja (3.02),
komitmen (2.91) dan akhirnya peluang promosi (2.84). Status sosial berada di
kedudukan tertinggi, menunjukkan bahawa responden yakin bahawa keluarga mereka
bangga dengan profesion mereka dalam industri kelapa sawit. Selain itu, mereka
percaya bahawa bekerja di industri kelapa sawit adalah pekerjaan yang dihormati
di Malaysia. Responden juga bersetuju bahawa pengurus selalu menghargai pekerja
mereka dan berusaha keras untuk menyokong. mereka dalam perkembangan kerjaya.
Pengurus bijak mengagihkan kerja dan selalu menghargai cadangan serta bersikap
hormat terhadap pekerja. Responden juga melaporkan pengurus sentiasa memastikan
pekerja mengambil bahagian dalam keputusan yang mempengaruhi pekerjaan mereka
dan memberikan latihan yang sesuai apabila perlu.
Penjagaan
tanaman kelapa sawit dan kualiti bahan yang menggunakan kelapa sawit sangatlah
penting terutama di dalam negara kerana sawit merupakan faktor pembangunan
negara. Pekerja FELDA akan mengenali lebih dalam berkenaan jenis tanah dan
kawasan yang sesuai untuk menanam kelapa sawit. Tanah yang gembur, tanah liat
gembur dan tanah gambut merupakan jenis tanah yang sesuai untuk melakukan
penanaman. Hal ini adalah kelebihan ilmu generasi muda FELDA akan peroleh.
Generasi muda FELDA akan terdedah dengan kerja-kerja pembersihan, pembarisan
dan penanaman kacang penutup bumi di kawasan ladang hendaklah disempurnakan
sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit. Di dalam skop tugas pembersihan,
mereka ditugaskan untuk memastikan tiada haiwan atau serangga pembunuh pokok
kelapa sawit, keadaan tanah, hutan atau kawasan penanaman semula. Proses
pembersihan ladang sangat penting kerana berikut merupakan langkah yang harus
dipastikan sebelum memulakan penanaman. Untuk tugas pembarisan pula, barisan
tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya
matahari yang maksima. Tujuan penanaman kekacang penutup bumi adalah untuk
mengawal hakisan dan memelihara kelembapan tanah. Contoh-contoh jenis kekacang
penutup bumi yang biasa ditanam adalah centrosema pubescens, pueraria
phaseoloides dan calopogonium mucunoides/caeruleum. Hal ini menunjukkan bahawa
generasi muda FELDA akan mendapat banyak ilmu yang mendalam berkenaan ilmu
penanaman dan perladangan terutama dalam ilmu penanaman kelapa sawit.
Kesimpulannya,
penglibatan generasi muda FELDA dalam industri kelapa sawit amatlah digalakkan
demi menjaga sektor ekonomi negara dalam kelapa sawit. Segala pandangan dan
khabar angin negatif terhadap pekerjaan dalam industri ini akan menjatuhkan
hasil sawit negara. Generasi muda adalah pelapis negara untuk menjaga dan
bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi negara. Akhir kata, ilmu
perladangan sangat berharga kerana tidak semua orang dapat mempelajarinya lebih
mendalam.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.