Bantuan Pinjaman pendidikan

 



Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)

Bil

Perkara

Keterangan

1

Tujuan Pelaksanaan

       Membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.

       Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

2

Kadar Insentif

 

BIL.

PERINGKAT PENGAJIAN

KADAR

1

Diploma

RM 500.00

2

Ijazah Dalam Negara

RM 1,000.00

3

Ijazah Luar Negara

RM 1,500.00

* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara.

3

Syarat-Syarat Permohonan SIAP

i. Syarat kelayakan pemohon

Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.

ii. Had umur permohonan

       Peringkat Diploma : 18 hingga 23 tahun

       Peringkat Ijazah : 18 hingga 25 tahun

iii. Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan

       Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA

       Salinan kad pengenalan pemohon

       Salinan kad pengenalan peneroka

       Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini

iv. Permohonan yang tidak layak

       Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA

       Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran

       Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)

       Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja

       Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.

 

 


Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF)

Bil

Perkara

Keterangan

1

Tahun Pelaksanaan

       Tahun 2005 (Biasiswa)

       Tahun 2009 hingga kini

       (Pinjaman Penuh Tanpa Faedah)

2

Tujuan Pelaksanaan

       Membantu generasi baru FELDA khususnya pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

       Membantu meringankan beban pelajar.

3

Kaedah Pelaksanaan

       Pemberian geran sebanyak RM5,000.00 untuk keseluruhan pengajian.

       Lebihan kos pengajian sepanjang tempoh pengajian dikira sebagai pinjaman pendidikan.

4

Kursus Yang Ditawarkan

       Kemahiran dan akademik peringkat sijil (tahap 1, tahap 2 dan tahap 3)

       Diploma

       Ijazah

       Profil Tinggi

5

Syarat-Syarat SLKF Tahun 2017

i. Kursus yang ditawarkan

Kursus Peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

ii. Agensi kerajaan/kolej/ universiti swasta yang terlibat

Tahun 2017

Kursus Peringkat Sijil Tahap 1,2 & 3 dan penambahan kursus Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) untuk beberapa kolej seperti di lampiran

 


Kerjasama FELDA-OUM

Bil

Perkara

Keterangan

1

Tahun Pelaksanaan

2017

2

Program Yang Ditawarkan

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian

3

Mod & Tempoh Pengajian

       Separuh masa dengan waktu pembelajaran sekali sebulan iaitu pada hari cuti bertempat di pusat OUM yang berhampiran.

       4 tahun

4

Keistimewaan Program

Program ini turut memperkenalkan mata pelajaran Pengajian FELDA merangkumi merangkumi sejarah dan latar belakang FELDA, organisasi, perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) FELDA sebagai mata pelajaran wajib kepada graduan warga FELDA.

5

Pembiayaan

Faedah Pengurangan 30% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

6

Syarat Kemasukan

  1. Lulus SPM/SPMV/MCE atau setaraf dengan 2 kredit termasuk Bahasa Inggeris; DAN
  2. Lulus STPM/HSC atau setaraf dengan sekurang-kurangnya 2 prinsipal (CGPA 2.00); ATAU
  3. Lulus Diploma yang diiktiraf; ATAU
  4. Lulus Sijil Matrikulasi yang diiktiraf; ATAU
  5. Lulus Sijil Politeknik yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  6. Pencapaian kelayakan yang lebih rendah yang dipersetujui oleh Senat OUM dengan pengalaman kerja yang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun.

ATAU

Kemasukan Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada 1 Januari tahun permohonan; DAN
  2. Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan; DAN
  3. Lulus Penilaian APEL yang dijalankan oleh OUM.

7

Syarat Kemasukan Tambahan Yang Telah Ditetapkan Oleh FELDA

  1. Lulus SPM dengan kredit; DAN
  2. Telah bertugas sebagai Petugas FELDA atau setaraf sekurang-kurangnya 3 tahun; DAN
  3. Mendapat kelulusan daripada Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) FELDA.

8

Syarat Pinjaman Pendidikan PTPTN

  1. Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN akan diuruskan secara bersama antara OUM dan pelajar.
  2. Perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PTPTN (mohon rujuk portal rasmi PTPTN).

 

Faedah Pengurangan 30% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Bil

Perkara

Keterangan

1

Tarikh Kelulusan

       1 Disember 2014
(bagi anak-anak peneroka FELDA sahaja)

       April 2016 - Diperluaskan kepada cucu peneroka, anak kakitangan.
- Kadar faedah baru mengikut purata nilai gred keseluruhan (PNGK) untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

2

Syarat Kelayakan Pemohon

       Pelajar yang melanjutkan pengajian di 20 buah universiti awam (UA) dan 36 Politeknik seluruh Malaysia peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua kursus yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

       Pelajar 22 buah kolej/ universiti swasta (US) panel FELDA-PTPTN dan beberapa kursus yang telah ditetapkan tahun 2016
(Rujuk Lampiran I).

3

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Pemohon bertanggungjawab memohon sendiri UA/US dan PTPTN tahun semasa
  1. Semua UA dan US yang berdaftar dengan FELDA sahaja (akan berubah dari semasa ke semasa)
  1. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa di UA/US yang terpilih.
  2. Pemohon yang mendapat tawaran PTPTN dikehendaki :
    1. Mengisi borang(rekod) dari rancangan dan borang faedah pengurangan
    2. Memajukan borang tersebut dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat kelulusan PTPTN dikeluarkan.
    3. Pemohon yang berjaya menamatkan pengajian sahaja layak mendapat faedah ini
    4. Diskaun 30% akan dibayar oleh FELDA ke PTPTN mengikut yang ditetapkan oleh FELDA untuk peringkat diploma dan peringkat ijazah pula seperti bayaran balik di bawah bermula kemasukan tahun 2016 ;

 

BIL.

PENCAPAIAN

KADAR PENGURANGAN

1

Ijazah Kelas Pertama

30%
(tertakluk kepada dasar PTPTN)

2

Ijazah Kelas Kedua (Atas)

30%

3

Ijazah Kelas Kedua (Bawah)

25%

4

Ijazah Kelas Ketiga

20%

5

Gagal

Tiada Pengurangan

  1. Selepas tamat pengajian, pemohon hendaklah menghantar ke FELDA keputusan akhir peperiksaan / transkrip akademik.
  2. Penyata pinjaman pelajar akan dikeluarkan oleh PTPTN setelah ditolak Faedah Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman oleh FELDA

 


Ikuti Kami di Instagram