Keadaan
sosio-ekonomi masyarakat FELDA berbeza
di antara sebuah kawasan rancangan
dengan kawasan rancangan yang lain.
Malah, perbezaan yang agak
ketara juga wujud di kalangan isi rumah
peneroka yang tinggal di dalam sesebuah rancangan. Keadaan ini dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Antara faktor yang utama ialah pendapatan yang diterima oleh peneroka
sendiri. Pendapatan yang diterima oleh para peneroka ini ditakrifkan sebagai
semua jenis pendapatan yang diterima daripada penjualan hasil ladang. Bagaimanapun penemuan tentang pendapatan
purata bulanan yang diterima oleh peneroka cenderung untuk berbeza di antara
satu kajian dengan kajian yang lain.
Ini kerana purata pendapatan bulanan peneroka (hasil ladang) sangat
dipengaruhi oleh faktor seperti jenis tanaman, harga pasaran, lamanya pokok
telah ditanam dan musim dalam setahun.
Dalam perkembangan Industri kecil dan
sederhana di luar Bandar sangat perlahan disebabkab oleh banyk faktor. Hal ini
menjadikan keadaan persaingan untuk IKS di luar Bandar kurang. Antara faktor
tersebut adalah kebolehpasaran produk yang dihasilkan oleh pengusaha IKS.
Keadaan ini berhubung dengan pemasaran produk sabagai peningkat ekonomi
masyarakat luar Bandar. Persaingan dalam pemasaran sangat berdaya saing dalam
membentuk pengusahaan agar berkembang lebih maju. Pasarana yang baik dan
bantuan jabatan-jabatan yang berkaitan antaranya FAMA, MARA dan lain-lain.
Jabatan ini memainkan peranan yang penting dalam membantu IKS untuk
meningkatkan pendapatan untuk menjana ekonomi.
Dalam satu kajian mengenai IKS di
tanah rancangan FELDA di daerah Kuala Terengganu mendapati bahawa kebanyakan
usahawan tani IKS Bumiputera yang dikaji ingin mengikuti kursus-kursus
perniagaan dan keusahawanan. Pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan
pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan usahawan tani khususnya seperti
FAMA, Jabatan Pertanian dan MARDI perlu mengadakan kursus-kursus yang relevan bagi
membimbing usahawan tani IKS dalam pengurusan perniagaan mereka. Jenis kursus
atau latihan yang hendak diberikan perlulah sesuai dengan jenis perniagaan.
Misalnya, bagi peserta kajian ini, mereka lebih memerlukan kursus-kursus pemasaran,
pengurusan kewangan, motivasi usahawan dan kursus asas perakaunan. Lembaga
Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) pula seharusnya adil dan saksama dalam
membantu memasarkan produk-produk keluaran usahawan tani IKS. FAMA juga
sewajarnya membuka satu tapak ruang niaga khas untuk usahawan tani yang ia
beroperasi dari awal pagi hingga ke petang pada setiap hari dan bukannya
sekadar dua kali seminggu di pasar-pasar tani yang terpilih. Pihak Kementerian
Pertanian dan Asas Tani perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan satu unit
khas di setiap daerah atau mengikut kawasan kawalannya bagi menyediakan khidmat
nasihat perniagaan daripada segala aspek supaya usahawan tani daripada setiap
kawasan senang untuk mendapatkan khidmat nasihat. Malah unit ini juga boleh
ditugaskan untuk mengendalikan apa jua program pembangunan usahawan setempat,
seperti mengadakan kursus jangka pendek, seminar, ceramah dan sebaran
maklumat-maklumat penting perniagaan, tidak lupa juga turut mengadakan aktiviti
pemantauan untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan tani IKS.
Usahawan tani IKS juga digalakkan untuk menubuhkan persatuan perniagaan di
setiap daerah yang terlibat supaya mereka boleh berkongsi maklumat perniagaan
dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Selain itu, kerajaan juga boleh
menyediakan latihan kemahiran di IKS kepada pelatih Sistem Latihan Dual
Nasional (SLDN). Latihan kemahiran adalah pekerja yang mempunyai kemampuan
menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggunakan daya
cipta dan inovasi secara berkesan. Bagi tujuan ini, adalah perlu bagi sebuah
negara membangunkan tenaga kerja yang bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik
dan teknikal yang tinggi tetapi memperolehi kepelbagaian kemahiran dan
pengetahuan menggunakan ICT. Terdapat tiga elemen kemahiran keboleh kerjaan
yang diperlukan oleh majikan ialah kemahiran pengetahuan, kemahiran teknikal
dan kemahiran kemanusian. Kemahiran pengetahuan merupakan kemahiran asas dan
kemahiran kognitif. Pekerja yang mempunyai kemahiran pengetahaun bukan sahaja
dapat memikirkan semula sesuatu yang baru malah mudah mendapatkan sesuatu
maklumat dan dapat mengaplikasikan semula maklumat tersebut. IKS juga
memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi terutamanya
dalam sektor pembuatan. Ini adalah kerana dengan kemahiran yang tinggi yang ada
pada pekerja dapat mengendalikan pengoperasian di industri mereka.
Pembangunan sumber manusia merupakan
aset yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara dan memenuhi
pelbagai sektor pekerjaan. Oleh itu usaha yang terarah dan tersusun telah
dilakukan melalui program latihan teknik dan vokasional iaitu SLDN. Kerjasama
antara pihak industri dan institusi pendidikan yang baik dapat meningkatkan
keberkesanan dan kejayaan program latihan. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran
dalam diri pelatih dapat menjadikan pelatih sebagai k-pekerja. Menyedari
hakikat ini kerajaan dan industri perlu memberi kerjasama dalam menyediakan
latihan kemahiran bagi menempatkan diri mereka dalam dunia pekerjaan yang
sebenar yang diperlukan oleh majikan.
Seterusnya, kita boleh lihat
pembangunan yang dilakukan di Felda Hulu Selangor dijadikan contoh untuk
menaikkan taraf hidup anak-anak Felda lalu menaikkan ekonomi negara kita. Aktiviti
perniagaan seperti pengeluaran produk hasil tanah rancangan, perusahaan
industri kecil dan sederhana seperti kuih tradisional, kerepek serta ‘frozen
food’, aktiviti sukan, projek pertanian tanaman sayuran dan penternakan seperti
lembu, kambing, rusa dan kolam ikan antara yang sinonim dikaitkan dengan Felda
di Selangor. Felda Gedangsa telah berjaya melahirkan usahawan hasil daripada
kewujudan infrastruktur atau laman perniagaan atas inisiatif Pertubuhan Kami
Anak Felda (KAF) bagi memberi peluang kepada warga Felda memperluas perniagaan
mereka kepada masyarakat luar. Pertubuhan KAF sebagai contoh menjalin kerjasama
dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi melatih generasi baharu
Felda menguasai teknologi maklumat dan komunikasi agar tidak ketinggalan
menerima pakai teknologi digital terutama dalam membantu perniagaan dalam
talian yang diusahakan.
Antaranya menyediakan ruang dalam talian untuk
membantu usahawan terlibat meluaskan pasaran melalui inisiatif e-Usahawan dan
e-Rezeki. Dengan adanya kaedah seperti ini ia mengajar generasi muda Felda
untuk berniaga secara dalam talian dan kita boleh lihat hasilnya apabila
pendapatan mereka meningkat antara dua hingga tiga kali ganda. Dalam usaha
meningkatkan ekonomi anak Felda selain fokus kepada latihan dan jualan makanan
dan kedai runcit, kita turut memberi tumpuan kepada sumber tanah yang luas yang
ada di kawasan Felda. Di Felda Gedangsa dan Sungai Tengi sebagai contoh kita
menjalankan projek kolam ikan dan haiwan ternakan seperti ayam kampung, itik dan
kambing yang dibuat secara saham di mana anak Felda yang duduk di luar tanah
rancangan boleh melabur dari segi modal dan projek berkenaan akan dijaga dan
diusahakan oleh mereka yang tinggal di Felda.
Kesimpulannya, Sesebuah IKS akan maju dengan ada pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan. Oleh kerana IKS memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin meningkat pada setiap tahun. Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu perusahaan. Dengan adanya pinjaman tersebut, IKS dapat membangunkan perusahaan mereka terutamanya kepada perusahaan-perusahaan yang masih dalam peringkat untuk berkembang sehingga ke tahap global. Sehubungan itu juga, melalui objektif perlaksanaan aktiviti produk pertanian, dapat meningkatkan pendapatan Negara dan taraf hidup golongan petani untuk membasmi kemiskinan. Selain itu, menggalakkan penglibatan masyarakat setempat yang terdiri daripada ushawan kecil dalam mengkomersilkan sektor agro-makanan. Kadar pengangguran di negara kita turut akan berkurang dengan adanya IKS yang memberikan mereka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan yan tetap. Dengan adanya peluang dan galakan yang diberikan, tidak mustahil anak Felda akan berusaha lebih gigih untuk mencipta nama sekaligus mengharumkan nama Felda dengan kejayaan yang diraih dari warga peneroka sehinggalah ke generasi baharu hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan