PERANAN FELDA DALAM MEMAJUKAN NEGARA
Peranan FELDA Dalam Bidang Ekonomi
Antara
peranan FELDA adalah untuk memberi tanah dan dana bagi bidang berkaitan dengan
sumber ekonomi negara. Penubuhan FELDA dirancang bagi meningkatkan sumber
ekonomi negara berkaitan dengan horizon pertanian melalui pasca-pasca
perniagaan pada skop tertentu. Oleh hal yang demikian, FELDA dizahirkan bagi
menyuntik dana untuk meneruskan agenda pertanian sebagaimana yang telah
termaktub dalam Dasar Pertanian Negara. FELDA juga turut diberi inisiatif
baharu bagi memperluaskan skop bidang fungsinya bagi menyediakan aneka kerja
kepada masyarakat bumiputera yang belum mahir dalam pelbagai bidang untuk
bergerak bersama dengan FELDA. Hal ini adalah untuk merealisasikan hasrat
kerajaan yang ingin menjadi Negara berpendapatan tinggi. Perkenalan NKRA atau
Bidang Keberhasilan Utama Negara telah menerapkan pertanian sebagai satu cabang
utamanya dan FELDA sedang bergerak ke arah itu. Selain itu, peranan FELDA dalam
ekonomi ialah dengan mewujudkan ruang pekerjaan kepada masyarakat bumiputera
yang menganggur. Hal ini adalah supaya mereka mempunyai pekerjaan yang boleh
menyara hidup mereka. Kesemua kawasan FELDA di seluruh negara memiliki banyak
peneroka dan secara tidak langsung dapat memberi peluang pekerjaan kepada semua
masyarakat bumiputera untuk bekerja dalam semua bidang yang ditawarkan.
Kewujudan Koperasi FELDA dapat meningkatkan sumber ekonomi pemegang saham dan
sekali gus memberi keselesaan kepada sebilangan peneroka yang melabur untuk
koperasi tersebut. Secara keseluruhannya, FELDA melalui peranannya dalam
ekonomi telah memberi keuntungan yang banyak setiap kali berakhir tahun dan ini
telah banyak membantu kerajaan untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Peranan
FELDA Terhadap Kebajikan Masyarakat
FELDA
turut berperanan dalam menjaga kebajikan setiap warga peneroka dan keluarga
masing-masing supaya ianya dapat menyumbang kepada produktiviti mampan FELDA.
Kewujudan pusat Komuniti Setempat merupakan antara inisiatif yang dizahirkan
FELDA untuk menjaga kebajikan warganya. Bagi menjayakan agenda kebajikan, FELDA
telah menubuhkan Badan Kebajikan FELDA bagi memperkasakan jalinan perpaduan
setempat seterusnya dapat mewujudkan masyarakat bertoleransi dan
hormat-menghormati antara satu sama lain. Di samping itu, Yayasan FELDA
ditubuhkan di bawah akta Pemegang Amanah. Ianya ditubuhkan adalah untuk
menyelaraskan program kebajikan dan kemasyarakatan Kumpulan FELDA melalui pelbagai
sumbangan terutamanya melalui pemberian dana kepada sebilangan peneroka yang
kekurangan bantuan sara hidup. Agenda FELDA secara sepenuhnya adalah untuk
menjaga sebaik mungkin kebajikan warga penerokanya melalui beberapa inisiatif
seperti mengadakan Tabungan Basmi Kemiskinan serta Elaun tambahan hari raya
umum. Melalui aspek ini, FELDA telah berjaya mewujudkan kesefahaman serta
memberi tambahan produktiviti peneroka seterusnya menjayakan dasar FELDA untuk
meningkatkan ekonomi masyarakat dalam kelompok tersendiri. FELDA juda telah
mewujudkan Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka dan tujuannya adalah untuk waga
peneroka yang menghidapi penyakit kronik, bencana alam dan memerlukan alat
bantuan. Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang terpaksa
dipikul oleh mereka.
Peranan
FELDA Dalam Bidang Pelancongan
FELDA
turut membantu dalam menggalakkan industri pelancongan tempatan. Dengan
pembinaan hotel setinggi 20 tingkat ini di Kuala Terengganu dapat menjana
ekonomi dan industri pelancongan negara serta mempromosikan FELDA khususnya.
FELDA Residence Kuala Terengganu dilengkapi dengan 898 buah bilik biasa dan
tiga bilik suite, bilik seminar, galeri dan kemudahan lain yang sesuai dengan
kehendak pengunjung terutamanya pelancong. FELDA Residence Kuala Terengganu
mula dibina pada 3 Januari 2006 telah beroperasi pada 4 Julai 2008. Majlis
perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Dato Sri Najib Tun Abdul Razak
diadakan pada awal tahun 2009. Selain itu, Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah telah
mula dilaksanakan pada tahun 2007 yang merangkumi kerja-kerja pembinaan bagi
kemudahan 64 bilik penginapan. Projek ini telah siap sepenuhnya pada Jun 2008
dan mula beroperasi pada Ogos 2008. FELDA juga banyak melibatkan diri dalam
bidang pelancongan sebagai satu sumber terhadap ekonomi kumpulan FELDA. Banyak
kawasan FELDA menjadi kawasan pelancongan domestik antarabangsa. Ini secara
tidak langsung menjana ekonomi setempat di samping mewujudkan peluang pekerjaan
kepada warga FELDA. FELDA telah mewujudkan beberapa rangkaian hotel dan resort
melalui anak syarikatnya FELDA Travels.
FELDA juga antara kumpulan syarikat pertama yang memajukan kawasan pertanian
sebagai cabang pelancongan iaitu melalui Agro-Pelancongan. Ini secara jelas
dapat menyasarkan kawasan FELDA sebagai tempat pelancongan tradisional
seterusnya memperkenalkan budaya Malaysia ke peringkat global.
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan