FAKTOR PENUBUHAN FELDA



Dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum, Kerajaan telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai ejen untuk melaksanakan pembangunan kawasan pedalaman. Secara umumnya, FELDA telah berjaya meningkatkan taraf sosio ekonomi golongan penting melalui pembukaan tanah rancangan. Bagi memastikan kestabilannya, FELDA terus memperkukuh dan memperkemas program pembangunan melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti pengurusan ladang komersial, pelaburan hartanah dan aktiviti hiliran

FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956, yang disemak semula pada 1991 dan digantikan dengan Akta Pembangunan Tanah 1956 (Akta 474). Pada peringkat awal ini, FELDA dipertanggungjawab untuk membantu Kerajaan melaksana rancangan pembangunan kawasan pedalaman dan meningkatkan status ekonomi serta taraf hidup masyarakat luar bandar. FELDA telah berperanan sebagai pengantara untuk mengurus dan menyalurkan dana Kerajaan Persekutuan kepada Rancangan Kemajuan Tanah Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan rancangan pembangunan tanah di setiap negeri. Projek pertama yang dilaksana ialah Rancangan Kemajuan Tanah Ayer Lanas, Kelantan pada tahun 1957. Rancangan ini meliputi kawasan seluas 1,620 hektar dengan penanaman komoditi bercampur seperti getah dan koko.

FELDA buat pertama kalinya telah membuka tanah rancangan sendiri di Lurah Bilut, Pahang pada tahun 1958. Rancangan ini meliputi kawasan penanaman getah seluas 2,631 hektar dengan penyertaan 616 peserta yang terdiri daripada kaum Melayu (67.0%) dan kaum lain (33.0%). FELDA juga menyediakan pinjaman kewangan kepada peneroka bagi membiayai kerja awalan penerokaan tanah.

Peranan dan fungsi FELDA diperkukuh melalui Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) yang berkuat kuasa pada 30 Mei 1960. Akta ini bertujuan memperkemas dan


menyeragam pembangunan kawasan penempatan berkelompok termasuk syarat pemberimilikan tanah dan penempatan semula serta mempercepat pembukaan kawasan baharu secara terancang, berperingkat dan berskala ekonomi

 

Di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1970, peranan FELDA terus diperluas dengan membangunkan wilayah baharu melalui pembukaan tanah ladang. Di samping itu, pindaan ke atas Akta 474 dan Akta 530 turut dilaksanakan bagi memperkemas dan mengukuh fungsi utama FELDA seperti berikut:

i.  melaksana projek pembangunan tanah;

 

ii.    menggalakkan dan membantu dalam penyiasatan, penggubalan dan pelaksanaan projek untuk pembangunan, penempatan semula dan pengurusan tanah di Persekutuan

iii.   memaju, memudah cara dan melaksana pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan lain di kawasan FELDA

iv.  melaksana kegiatan pemodenan sektor pertanian di kawasan FELDA, terutama dalam pengeluaran, pembajaan, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian, ternakan dan perikanan air tawar

v.   membantu, membimbing, memberi khidmat nasihat, mengurus dan menyelaras kegiatan ekonomi, sosial, penempatan, pertanian, perindustrian dan aktiviti komersial


        Kesimpulannya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) (di dalam bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority atau FELDA) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim Melayu miskin malah beberapa buah FELDA terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga FELDA di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.


Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka. Seterusnya di rancangan, FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi lain seperti program usahawan, tanaman-tanaman buah dan sayuran serta ternakan (dibawah Gedung Makanan Negara) di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Visi FELDA adalah untuk menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif sambil menjalankan misinya iaitu menambah nilai untuk kepentingan peneroka.


Yeay

Tiada ulasan:

Ikuti Kami di Instagram