FELDA MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN

FELDA TELAH PELUANG MEMBUKA PEKERJAAN



    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menawarkan 4,500 jawatan kosong dalam sektor perladangan termasuk 896 jawatan Briged Operasi Ladang di 10 daripada 11 Wilayah Felda dimana jawatan tersebut ditawarkan menerusi program Penjana@Felda. Program Penjana@Felda bagi fasa permulaan membuka ruang jawatan termasuk Briged Operasi Ladang dengan 896 kekosongan yang ditawarkan daripada keseluruhan 4,500 yang ditawarkan di pelbagai lokasi-lokasi lain.  Jawatan ditawarkan gaji dan elaun sebanyak RM1,500 sebulan serta pelbagai kemudahan termasuk pakaian, rumah dan memastikan mereka menjalankan operasi dengan kualiti terbaik dan diberikan kursus secara profesional dalam sektor perladangan. Program ini melibatkan tiga agensi iaitu Felda, Perkeso dan AKPK. Pelbagai insentif menarik disediakan bagi menarik minat golongan generasi baharu Felda untuk terlibat dalam industri perladangan. Antaranya seperti pendahuluan pembelian motosikal bernilai RM1,000, elaun persediaan kerja antara RM500 hingga RM1,000, elaun motosikal sebanyak RM100, elaun perumahan sebanyak RM100. Usaha sama antara kesemua agensi ini adalah bersandarkan aspirasi mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti bagi meningkatkan taraf sosioekonomi warga Felda di samping mewujudkan komuniti yang celik kewangan dalam menyokong pembangunan komuniti mapan dan sejahtera.


      Selain itu Program Pembangunan Peneroka (PPP) mewujudkan peluang pekerjaan di Kawasan Felda, khususnya generasi kedua dan golongan belia. Menurut pada pembentangan kertas putih “Kearah Kelestrarian Felda” pada April 2019 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM62.3 bilion untuk felda termasuk RM 1 bilion untuk pelaksaan PPP bagi tempoh empat tahun. Seramai 13,832 warga Felda Sahabat menerima manfaat dimana kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 5 juta untuk menaik taraf kolam takungan Loji Rawatan Air Fajar Harapan dan sistem mekanikal dimuka sauk Loji Rawatan Air Cenderawasih, naik taraf enjin janakuasa Sahabat (RM 6.23 juta)  dan naik taraf enjin janakuasa elektrik di Stesen Janakuasa Cenderawasih (RM 3.83 juta). Selain itu menurut Datuk Dr Othman Omar, di bawah PPP sebanyak enam projek disasarkan sebagai kumpulan pertama untuk melaksanakan Pertanian Bersepadu dan kaedah Pertanian Pintar dalam usaha meningkatkan pendapatan peneroka.

 

FELDA KOTA GELANGGI 4

Ikuti Kami di Instagram