PELAKSANAAN SISTEM PERTANIAN PINTAR DI FELDA
Rajah 2 Pertanian Pintar
Apa
Itu Pertanian Pintar?
Transformasi teknologi dalam industri pertanian pada masa
kini sudah tidak asing lagi. Pertanian Pintar adalah konsep yang merujuk kepada
pengurusan ladang menggunakan teknologi, seperti Internet Pelbagai Benda (Internet of Things, IoT), sensor,
penggerak (actuator), sistem
kedudukan geo (geo-positioning system,
GPS), dron, robot dan sebagainya,.untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti
produk sekali gus mengoptimumkan tenaga kerja manusia yang diperlukan oleh
pengeluaran. Hal ini kerana dengan menggunakan pelbagai alat Pertanian Pintar,
petani dapat menjana pulangan yang lebih baik dari segi kawalan proses
peningkatan ternakan dan tanaman serta menjadikan proses ini lebih mudah untuk
diramalkan dan diuruskan dengan cekap. Sebagai contoh, teknologi IoT dalam
‘Smart Farming’ adalah konsep mesin pintar dan sensor yang disambungkan di ladang
untuk menjadikan proses pertanian didorong oleh data dan diaktifkan oleh data.
Petani pada abad ke-21 mempunyai akses kepada GPS, pengimbasan tanah,
pengurusan data dan teknologi IoT. Pengukuran variasi padang yang tepat
disertai strategi yang sesuai dapat meningkatkan keberkesanan racun perosak,
baja dan sebagainya.
Kelebihan Pertanian Pintar
Terdapat beberapa cara peranti pintar boleh meningkatkan
sektor pertanian, antaranya ialah, penggunaan sensor di mana sensor dapat
mengumpul sejumlah besar data yang merangkumi keadaan cuaca, kualiti tanah, dan
juga tumbesaran atau kesihatan ternakan. Seterusnya ialah kawalan lebih baik.
Keupayaan untuk meramalkan hasil pengeluaran yang membolehkan petani merancang
pengedaran produk dengan lebih baik. Dengan itu, risiko pengeluaran dapat
dikurangkan. Peranti pintar dapat mengurangkan kos pengurusan dan pembaziran.
Hal ini kerana ia dapat mengesan sebarang kelainan dalam pertumbuhan tanaman
atau kesihatan ternakan yang dapat membantu mengurangkan kerugian petani dan juga
penternak. Selain itu, ‘Smart Farming’ juga dapat membantu meningkatkan
kecekapan perniagaan melalui proses automasi di samping meningkatkan kualiti
dan isipadu produk. Petani dapat mengautomasikan beberapa proses kitaran
pengeluaran seperti pengairan, pembajaan atau kawalan racun perosak.
Contoh Penggunaan
Peranti Pintar Dalam Pertanian.
Rajah 3 Rumah Hijau Pintar
Rumah
hijau pintar merupakan sebuah revolusi dalam bidang pertanian, mewujudkan
sistem automasi, iklim mikro yang sesuai melalui penggunaan sensor, penggerak
serta sistem pengawasan dan kawalan yang mengoptimumkan keadaan pertumbuhan.
Teknologi utama yang digunakan dalam rumah hijau pintar adalah HVAC, lampu LED,
teknologi komunikasi, sistem irigasi, pengendalian bahan, injap serta pam dan
sistem kawalan. Selain itu, robot pertanian. Ia merupakan robot yang digunakan
untuk tujuan pertanian. Bidang utama penggunaan robot pada masa kini ialah
penuaian. Kemunculan aplikasi robot atau dron dalam bidang pertanian merangkumi
kawalan rumpai, pembenihan awan, penanaman benih, penuaian, pemantauan alam
sekitar dana analisis tanah.
Rancangan
Pelaksanaan Pertanian Pintar di FELDA.
Tanah rancangan di FELDA Mempaga, Pahang dikenal pasti
sebagai ‘sandbox’ dalam usaha memastikan pelaksanaan inisiatif Pertanian Pintar
di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Istilah ‘sandbox’ merujuk kepada
kaedah atau persekitaran baru yang belum teruji. Pelaksanaan ujian lapangan ini
adalah untuk menilai daya maju teknikal, kepatuhan piawaian dan peraturan sedia
ada. Melalui inisiatif Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS), terdapat
beberapa aplikasi dan teknologi, seperti dron, robotik, mesin kecerdasan
buatan, teknologi rawatan air dan teknologi IoT, ditawarkan pemula dan
penyelidik di mana ia menyasarkan untuk meningkatkan produktiviti aktiviti
peneroka FELDA, sekaligus meningkatkan pendapatan peneroka. Teknologi yang dicadang
untuk program NTIS di FELDA Mempaga ialah sistem robotik tapak semaian dan
ladang sawit, robot penyemburan racun dan baja di ladang fertigasi serta
penggunaan dron dan analisis Big Data bagi mengoptimumkan ladang sawit.
Penutup
‘Smart Farming’ atau Pertanian Pintar yang
dilaksanakan dalam industri pertanian kini beroperasi jauh lebih berbeza
berbanding beberapa dekad yang lalu, di mana kemajuan teknologi telah memberi
peluang kepada petani-petani dalam bidang pertanian untuk mengimplementasi
teknologi canggih seperti penggunaan dron untuk pemantauan dan pemetaan,
kawalan operasi jarak jauh (remote
operations), dan aplikasi analisis data raya (Big Data Analytics - BDA). Pelaksanaan Pertanian Pintar di FELDA
dapat meningkatkan produktiviti sekali gus dapat mengembangkan lagi industri
pertanian sebagai sektor ekonomi utama Malaysia.
Sumber:
1. User, S. (2021). FELDA
- Mengenai Felda. Felda.gov.my. Dicapai 30 May 2021, daripada https://felda.gov.my/umum/felda/mengenai-felda.
2. Berita Harian Online. (2021). PARLIMEN: FELDA Mempaga jadi 'sandbox' pertanian pintar. Dicapai 30 May 2021, daripada


Tiada ulasan:
Catat Ulasan