Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk membolehkan IKS di tanah FELDA membantu pertumbuhan ekonomi negara?
Keadaan sosio-ekonomi masyarakat FELDA berbeza di antara sebuah kawasan rancangan dengan kawasan rancangan yang lain. Malah, perbezaan yang agak ketara juga wujud di kalangan isi rumah peneroka yang tinggal di dalam sesebuah rancangan. Keadaan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang utama ialah pendapatan yang diterima oleh peneroka sendiri. Pendapatan yang diterima oleh para peneroka ini ditakrifkan sebagai semua jenis pendapatan yang diterima daripada penjualan hasil ladang. Bagaimanapun penemuan tentang pendapatan purata bulanan yang diterima oleh peneroka cenderung untuk berbeza di antara satu kajian dengan kajian yang lain. Ini kerana purata pendapatan bulanan peneroka (hasil ladang) sangat dipengaruhi oleh faktor seperti jenis tanaman, harga pasaran, lamanya pokok telah ditanam dan musim dalam setahun.
Dalam perkembangan Industri kecil dan sederhana di luar Bandar sangat perlahan disebabkab oleh banyk faktor. Hal ini menjadikan keadaan persaingan untuk IKS di luar Bandar kurang. Antara faktor tersebut adalah kebolehpasaran produk yang dihasilkan oleh pengusaha IKS. Keadaan ini berhubung dengan pemasaran produk sabagai peningkat ekonomi masyarakat luar Bandar. Persaingan dalam pemasaran sangat berdaya saing dalam membentuk pengusahaan agar berkembang lebih maju. Pasarana yang baik dan bantuan jabatan-jabatan yang berkaitan antaranya FAMA, MARA dan lain-lain. Jabatan ini memainkan peranan yang penting dalam membantu IKS untuk meningkatkan pendapatan untuk menjana ekonomi.
Dalam satu kajian mengenai IKS di tanah rancangan FELDA di daerah Kuala Terengganu mendapati bahawa kebanyakan usahawan tani IKS Bumiputera yang dikaji ingin mengikuti kursus-kursus perniagaan dan keusahawanan. Pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan usahawan tani khususnya seperti FAMA, Jabatan Pertanian dan MARDI perlu mengadakan kursus-kursus yang relevan bagi membimbing usahawan tani IKS dalam pengurusan perniagaan mereka. Jenis kursus atau latihan yang hendak diberikan perlulah sesuai dengan jenis perniagaan. Misalnya, bagi peserta kajian ini, mereka lebih memerlukan kursus-kursus pemasaran, pengurusan kewangan, motivasi usahawan dan kursus asas perakaunan. Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) pula seharusnya adil dan saksama dalam membantu memasarkan produk-produk keluaran usahawan tani IKS. FAMA juga sewajarnya membuka satu tapak ruang niaga khas untuk usahawan tani yang ia beroperasi dari awal pagi hingga ke petang pada setiap hari dan bukannya sekadar dua kali seminggu di pasar-pasar tani yang terpilih. Pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan satu unit khas di setiap daerah atau mengikut kawasan kawalannya bagi menyediakan khidmat nasihat perniagaan daripada segala aspek supaya usahawan tani daripada setiap kawasan senang untuk mendapatkan khidmat nasihat. Malah unit ini juga boleh ditugaskan untuk mengendalikan apa jua program pembangunan usahawan setempat, seperti mengadakan kursus jangka pendek, seminar, ceramah dan sebaran maklumat-maklumat penting perniagaan, tidak lupa juga turut mengadakan aktiviti pemantauan untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan tani IKS. Usahawan tani IKS juga digalakkan untuk menubuhkan persatuan perniagaan di setiap daerah yang terlibat supaya mereka boleh berkongsi maklumat perniagaan dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Selain itu, kerajaan juga boleh menyediakan latihan kemahiran di IKS kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Latihan kemahiran adalah pekerja yang mempunyai kemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggunakan daya cipta dan inovasi secara berkesan. Bagi tujuan ini, adalah perlu bagi sebuah negara membangunkan tenaga kerja yang bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi tetapi memperolehi kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan menggunakan ICT. Terdapat tiga elemen kemahiran keboleh kerjaan yang diperlukan oleh majikan ialah kemahiran pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran kemanusian. Kemahiran pengetahuan merupakan kemahiran asas dan kemahiran kognitif. Pekerja yang mempunyai kemahiran pengetahaun bukan sahaja dapat memikirkan semula sesuatu yang baru malah mudah mendapatkan sesuatu maklumat dan dapat mengaplikasikan semula maklumat tersebut. IKS juga memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi terutamanya dalam sektor pembuatan. Ini adalah kerana dengan kemahiran yang tinggi yang ada pada pekerja dapat mengendalikan pengoperasian di industri mereka.
Pembangunan sumber manusia merupakan aset yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara dan memenuhi pelbagai sektor pekerjaan. Oleh itu usaha yang terarah dan tersusun telah dilakukan melalui program latihan teknik dan vokasional iaitu SLDN. Kerjasama antara pihak industri dan institusi pendidikan yang baik dapat meningkatkan keberkesanan dan kejayaan program latihan. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran dalam diri pelatih dapat menjadikan pelatih sebagai k-pekerja. Menyedari hakikat ini kerajaan dan industri perlu memberi kerjasama dalam menyediakan latihan kemahiran bagi menempatkan diri mereka dalam dunia pekerjaan yang sebenar yang diperlukan oleh majikan.
Seterusnya, kita boleh lihat pembangunan yang dilakukan di Felda Hulu Selangor dijadikan contoh untuk menaikkan taraf hidup anak-anak Felda lalu menaikkan ekonomi negara kita. Aktiviti perniagaan seperti pengeluaran produk hasil tanah rancangan, perusahaan industri kecil dan sederhana seperti kuih tradisional, kerepek serta ‘frozen food’, aktiviti sukan, projek pertanian tanaman sayuran dan penternakan seperti lembu, kambing, rusa dan kolam ikan antara yang sinonim dikaitkan dengan Felda di Selangor. Felda Gedangsa telah berjaya melahirkan usahawan hasil daripada kewujudan infrastruktur atau laman perniagaan atas inisiatif Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) bagi memberi peluang kepada warga Felda memperluas perniagaan mereka kepada masyarakat luar. Pertubuhan KAF sebagai contoh menjalin kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi melatih generasi baharu Felda menguasai teknologi maklumat dan komunikasi agar tidak ketinggalan menerima pakai teknologi digital terutama dalam membantu perniagaan dalam talian yang diusahakan.
Antaranya menyediakan ruang dalam talian untuk membantu usahawan terlibat meluaskan pasaran melalui inisiatif e-Usahawan dan e-Rezeki. Dengan adanya kaedah seperti ini ia mengajar generasi muda Felda untuk berniaga secara dalam talian dan kita boleh lihat hasilnya apabila pendapatan mereka meningkat antara dua hingga tiga kali ganda. Dalam usaha meningkatkan ekonomi anak Felda selain fokus kepada latihan dan jualan makanan dan kedai runcit, kita turut memberi tumpuan kepada sumber tanah yang luas yang ada di kawasan Felda. Di Felda Gedangsa dan Sungai Tengi sebagai contoh kita menjalankan projek kolam ikan dan haiwan ternakan seperti ayam kampung, itik dan kambing yang dibuat secara saham di mana anak Felda yang duduk di luar tanah rancangan boleh melabur dari segi modal dan projek berkenaan akan dijaga dan diusahakan oleh mereka yang tinggal di Felda
Penutup
Kesimpulannya, Sesebuah IKS akan maju dengan ada pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan. Oleh kerana IKS memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin meningkat pada setiap tahun. Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu perusahaan. Dengan adanya pinjaman tersebut, IKS dapat membangunkan perusahaan mereka terutamanya kepada perusahaan-perusahaan yang masih dalam peringkat untuk berkembang sehingga ke tahap global. Sehubungan itu juga, melalui objektif perlaksanaan aktiviti produk pertanian, dapat meningkatkan pendapatan Negara dan taraf hidup golongan petani untuk membasmi kemiskinan. Selain itu, menggalakkan penglibatan masyarakat setempat yang terdiri daripada ushawan kecil dalam mengkomersilkan sektor agro-makanan. Kadar pengangguran di negara kita turut akan berkurang dengan adanya IKS yang memberikan mereka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan yan tetap. Dengan adanya peluang dan galakan yang diberikan, tidak mustahil anak Felda akan berusaha lebih gigih untuk mencipta nama sekaligus mengharumkan nama Felda dengan kejayaan yang diraih dari warga peneroka sehinggalah ke generasi baharu hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan