PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON MEMBANTU PENEROKA DAN PENGURUSAN FELDA
Penggunaan drone dalam mengesan pergerakan gajah
liar
Drone
digunakan oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Johor (PERHILITAN) untuk
mengesan gajah liar yang menyerang dan merosakkan ladang di wilayah FELDA Mersing.
Apabila cuaca mengizinkan, PERHILITAN Johor melakukan kawalan dan pengawasan
menggunakan drone untuk menentukan arah pergerakan kumpulan gajah ini sambil
juga mengambil langkah-langkah kawalan untuk mencegah haiwan tersebut
menghampiri kawasan pertanian FELDA. Ini membuktikan bahawa penggunaan drone
dalam kawasan FELDA dapat membantu peneroka dan pengurusan FELDA mengenal pasti
masalah yang boleh didapati dalam kawasan pertanian FELDA tanpa menggunakan
tenaga manusia untuk mengawal kawasan tersebut. Sebagai contoh, pengarah
PERHILITAN mengulas aduan peneroka FELDA Tenggaroh Timur 1, Mersing yang
dilaporkan kebimbangan selepas lebih 1,000 tanaman sawit mereka dimusnahkan
kumpulan gajah dalam tiga kejadian berasingan sejak dua minggu lalu. Teknologi
drone ini perlu digunakan kerana ia bukan sahaja dapat mengawal kawasan FELDA
malahan dapat merakam aktiviti haiwan liar yang mendatangkan kerosakan pada
hasil pertanian FELDA.
Penggunaan drone dalam penyemburan air, baja dan
racun perosak.
Drone
pertanian telah mula digunakan oleh pengerusan FELDA di kawasan pertanian untuk
menyemburkan padi, menanam benih, memantau tanaman, dan menaburkan baja di
ladang, tetapi belum menjadi kebiasaan. Ia masih dianggap baru dan mempunyai
tanda harga yang besar. Tambahan pula, pihak
Felda sedang meneliti kesesuaian teknologi drone untuk ujian lapangan di Felda
Mempaga sebelum penggunaan secara besar-besaran di tanah rancangan yang lain,
sekiranya ia berkesan. Teknologi Drone
berfungsi sebagai alat penyemai baja tiada pengemudi (autonomous) ini
dilengkapi dengan perkhidmatan pengurusan berasaskan teknologi IoT (Internet of
Thing). Pengunaan drone ini juga dapat membantu pengurusan FELDA bagi memastikan
perlaksanaan teknik pertanian yang tepat digunakan untuk memaksimumkan hasil
keluaran mereka. Di samping itu, dron pertanian tersebut juga mampu
melaksanakan kerja penyemburan baja yang tertumpu di ladang pertanian dengan
mudah dan pantas. Ini merupakan kelebihan terbesar dalam industri pertanian
kerana dapat melakukan pelepasan dan pendaratan menegak yang menjadikannya
mampu beroperasi dalam kawasan yang terhad tanpa memerlukan landasan pacu.
Selain itu ia juga mempunyai kebolehan untuk melayang pada satu sasaran, lalu
menjadikan ia sangat relevan untuk digunakan dalam sektor pertanian. Hal ini
kerana dron tersebut perlu berada dalam posisi yang tetap dan tepat untuk
jangka masa yang panjang. Penggunaan dron berteknologi canggih dapat
mengurangkan beban pengurusan dan peneroka FELDA kerana mereka tidak perlu lagi
menggunakan tenaga pekerja yang ramai, sekali gus dapat menjimatkan lagi kos
belanjawan mereka. Para petani kini tidak perlu lagi risau melakukan
kerja-kerja tani untuk tanaman mereka kerana dron ini mampu melakukan
kerja-kerja seperti membaja dan menyiram di kawasan yang luas, terpencil atau
berisiko.
Penutup
Pengunaan
teknologi drone perlu dipraktikan dalam memajukan industri FELDA kearah
modenisasi di Malaysia. Teknologi seperti ini penting untuk memastikan
pertumbuhan ekonomi FELDA berkembang maju sekali gus merealisasikan salah satu
misi pembangunan FELDA dalam menikmati kemudahan infrastruktur yang moden.
Pihak FELDA perlu meniliti cadangan penggunaan drone yang sudah terbukti
kebaikan penggunaan teknologi canggih ini.
Sumber:
- http://animhosnan.blogspot.com/2019/05/kelapa-sawit-dan-teknologi-drone.html
- https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/09/733739/guna-dron-kesan-pergerakan-gajah-liar
- https://www.facebook.com/104734721158107/posts/sistem-robotik-di-ladang-sawit-dicadang-dalam-program-ntis-di-felda-mempagasiste/208236997474545/



Tiada ulasan:
Catat Ulasan