PERANAN IKS MEMACU EKONOMI FELDA


                      PERANAN IKS MEMACU EKONOMI



Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dikenali sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terdiri daripada beberapa sector utama iaitu sector Pembuatan,Perkhidmatan,Pembinaan, Pertanian dan Perlombongan & Pengkuaarian. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan. SME Corp. Malaysia bermula pada 2 Mei 1996, apabila sebuah agensi khusus telah ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memacu pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menyediakan sokongan infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses pasaran dan pelbagai program sokongan yang lain. Dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), matlamatnya adalah bagi membangunkan IKS Malaysia yang berkeupayaan dan berdaya tahan agar mampu berdaya saing di pasaran global.

 

           

  Rajah 2 : Taburan PKS di Malaysia

IKS TELAH PELUANG MEMBUKA PEKERJAAN

Pada 2004, kementerian tersebut diubah menjadi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi memberi tumpuan kepada Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat.Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan ketika itu untuk membantu golongan usahawan di negara ini menerusi pemberian geran, peluang latihan dan promosi dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan serta daya saing dalam kalangan usahawan.Namun bermula 2009, kerajaan memansuhkan Kementerian Usahawan dan peranannya dibahagikan dan diserap ke kementerian lain, sekali gus memberi kesan kepada usahawan, termasuk yang baru menceburi bidang tersebut.

Langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengembalikan kementerian usahawan diharap menaikkan industri kecil dan sederhana (IKS) yang merangkumi 97% daripada jumlah perniagaan di Malaysia dan setakat 2017, menyumbang sejumlah 37% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata beliau.Malah katanya, 65% pekerjaan yang ditawarkan di negara ini adalah daripada IKS, serta menyumbang 18% daripada keseluruhan eksport negara

Peranan industri pertanian kecil dan sederhana (IKS) dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar (Nurulhuda 2006). Sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai program untuk meningkatkan pembangunan industri pertanian kecil dan sederhana turut dirangka dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dalam memastikan perkembangan pesat industri pertanian kecil dan sederhana. Ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan import makanan negara tetapi juga untuk merealisasikan matlamat Dasar Pertanian Negara

 

 

PENUTUP

Kesimpulanya, Industri Kecil Malaysia (IKS) bukan sahaja mampu membantu masyarkat Malaysia malah mampu juga untuk membangunkan ekonomi negara .Walaupun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang nyata seperti pengurusan kewangan yang lemah seperti rekod jual beli tidak dikemaskini dan tidak menggunakan khidmat juru audit. Dari segi infrastruktur pula, terdapat premis yang tidak menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi serta kurang inovasi dan kurang penggunaan teknologi terkini (terutama ICT). Kebanyakan pekerja diambil tanpa mengira kelayakan serta kurang mengiktiraf pekerja cemerlang. Kebanyakan syarikat yang terlibat dalam kajian ini tidak mempunyai carta organisasi serta tiada penyataan misi dan visi syarikat. Akan tetapi, sebaga rakyat Malaysia, kita harulah menyokong produk tempatan dan industri-industri kecil di Malaysia agar dapat membantu untuk menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

 

 

Sumber :

  1. https://ejournal.ukm.my/jpend/article/viewFile/13420/4252
      2.https://theoutlook.asia/peranan-industri-kecil-sederhana-memacu-ekonomi/

Vantae

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti Kami di Instagram