TEKNOLOGI MODEN DAPAT MERANGSANG PEMBANGUNAN IKS

 

Malaysia IKS SME Business Directory. Promote your business for FREE » IKS.my

Malaysiakini - Belanjawan 2020: Insentif bantu IKS aplikasi teknologi  automasi, robotik

Usaha kerajaan untuk membangunkan IKS telah bermula sejak zaman penjajahan lagi. Kepentingan IKS sering diakui dan diberi sokongan oleh kerajaan. Penekanan terhadap sektor ini berbeza dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan dan desakan semasa.  Industri kecil dan sederhana dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar. Peranan dan sumbangan industri kecil dan sederhana oleh pelbagai pihak semakin tinggi. Pelbagai program dalam meningkatkan pembangunan industri kecil dan sederhana turut dirangka dan dilaksanakan baik oleh agensi dan institusi kerajaan mahupun swasta dalam memastikan perkembangan pesat industri kecil dan sederhana selaras dengan pertumbuhan yang baik dalam ekonomi negara.IKS memberi peluang yang baik untuk merangsangkan kegiatan keusahawanan. Bekas Perdana Menteri, Datuk seri  Dr.Mahathir Mohamad turut mengakui hakikat ini dalam kertas ucapan “Malaysia: The Way Forward”, beliau yakin bahawa IKS menjadi medan asas kepada kelahiran usahawan - usahawan pada masa depan. Kekuatan IKS boleh dilihat dari sudut pembangunan keusahawanan , penyediaan peluang pekerjaan , pengagihan pekerjaan,pengagihan pendapatan , penggerak tabungan,penyediaan tapak latihan , penciptaan pendapatan,penggunaan sumber tempatan, pembentukan modal tambahan, penggunaan modal secara ekonomik dan pelengkap kepada industri besar. Pada masa kini, pembangunan IKS di luar bandar mendapat sambutan yang agak rendah berbanding dengan industri-industri di kawasan Bandar. Kepakaran dan modal pelaburan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia di kalangan IKS di luar Bandar agak rendah. Ini memberi halangan penting ke arah pembangunan dan perkembangan IKS negara yang lebih kompetitif dan berwibawa.Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mewujudkan pelbagai agensi untuk membangunkan IKS di luar Bandar.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau industri yang bertaraf tempatan dan skala operasinya kecil berbanding dengan industri multinasional yang besar. Mengikut Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), sebuah syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan, megembangkan dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan industri negara. Pembangunan ekonomi menghubung dan menggabungkan ekonomi negara ini dengan  perubahan dan aktiviti ekonomi antarabangsa. Pembangunan industri negara bergantung  kepada pengeluaran barangan untuk dieksport. kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar.  Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’.  Sebagai contoh  kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan  dan lain-lain lagi.  Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.Ini menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.

Secaranya umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.

Perkara yang sering diperkatakan dalam IKS ialah ia berupaya membina lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada orang ramai. Hal ini demikian memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma besar. Ini secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi IKS.

Peranan IKS sebagai tempat latihan dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha tidak dapat dipertikaikan lagi. Dengan jumlah modal tersebut, pengusaha IKS dapat latihan dan pengetahuan yang berguna mengenai selok-belok operasi perniagaan dan bergantung hidup kepada perniagaan tersebut.

IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka membeli  kraftangan untuk dibawa pulang ke negara mereka. Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh pasu bunga, batik, songket, tikar, bakul dan sebagainya. Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk  membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah  kepada rakan-rakan dan keluarganya. Kualiti serta keunikan kraftangan Malaysia  akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ia meningkatkan imej dan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

Dorongan dan kerjasama kerajaan amat penting bagi merancakkan lagi pembangunan IKS selari dengan arus kemodenan zaman kini yang berterusan bagi memenuhi permintaan yang tidak putus oleh pengguna. Dan bagi tidak membiarkan IKS ketinggalan oleh arus ini haruslah kerajaan menyediakan intensif yang mampu menggalakkan pengusaha IKS termasuklah yang di luar bandar beralih daripada cara tradisional kepada teknologi moden. Pengusaha IKS di luar bandar juga perlu didedahkan dengan bidang teknologi moden supaya perusahaan mereka dapat diperbesarkan dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan sehingga ke luar negara. Ke arah itu juga, persekitaran yang lebih kondusif bagi pengusaha IKS membangunkan jenama masing-masing perlulah disediakan. Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai inisiatif dan program untuk menyokong pembangunan IKS. Ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan IKS yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah meningkatkan sumbangan IKS kepada ekonomi negara.

Sesebuah IKS akan maju jika diberi pertolongan dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan. Kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin meningkat pada setiap tahun untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana  pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu perusahaan terutama, IKS sering dikaitkan dengan kekurangan dana untuk membeli teknologi. Kerajaan turut menyediakan infrastruktur atau kemudahan bagi menyokong pertumbuhan IKS terutamanya kepada IKS di kawasan luar bandar. Antara kemudahan yang disediakan ialah kilang dan bengkel, penyediaan  subsidi tanah, subsidi mesin dan subsidi pengangkutan dan sebagainya. Kemudahan tersebut juga memberi rangsangan kepada IKS dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan organisasi.

Penggunaan mesin pula ia boleh meningkatkan hasil keluaran dan menjamin kualiti yang baik, di mana ia amat mempengaruhi pemasaran untuk pembekalan yang berterusan  serta, dapat meneroka  pasaran baru dengan kos yang minimum. Tambahan lagi, aplikasi teknologi yang membolehkan IKS meningkatkan kualiti produk dan jumlah pengeluaran ialah melalui penggunaan mesin.

Penggunaan mesin yang lebih efektif dan menjimatkan masa dapat menghasilkan  sesuatu proses  dengan cepat serta mampu menghasilkan jumlah pengeluaran produk dalam kuantiti yang banyak. Penggunaan teknologi maklumat, pengusaha IKS dapat mengakses maklumat dari masa ke semasa berkaitan  perniagaan dengan lebih meluas. Disamping itu, dapat  melahirkan  idea – idea yang lebih kreatif serta kaedah atau cara yang boleh digunakan untuk memperbaiki operasi perniagaan .

 Dengan cara sebegini  pelanggan tidak perlu bersemuka dengan peniaga dan mampu membuat tempahan. Dalam usaha untuk mempromosikan produk dengan menggunakan laman sosial seperti facebook, myspace dan lain – lain. Dengan laman web juga maklum balas dapat diterima dengan cepat melalui email atau ruangan maklumbalas yang telah disediakan. Oleh itu, pengguna boleh mengemukakan idea dan komen, hal ini membolehkan pengusaha IKS sentiasa peka dengan kehendak dan permintaan  pasaran dari masa ke semasa.

 Sejajar dengan arus kemajuan teknologi membawa banyak manfaat terhadap penggunanya dan masih banyak perkara yang masih belum dieksploitasi secara sepenuhnya. Dengan teknik dan kefahaman yang lebih lagi pengusaha IKS mampu melonjakkan lagi perusahaan mereka ke peringkat lebih tinggi dan memberi impetus bagi mendorong pembangunan  ekonomi Malaysia dalam kalangan perusahaan lain. Keberkesanan IKS dapat dipengaruhi oleh kehadiran teknologi moden dan cara pengusaha IKS mengaplikasikan teknologi in dengan berkesan.

Malaysia IKS SME Business Directory. Promote your business for FREE » IKS.my

Noor Syahidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti Kami di Instagram