USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA(IKS) BAGI GENERASI MUDA

 Usaha memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) bagi generasi muda



Sejak kebelakangan ini, pada era globalisasi ini, telah berlaku semakin banyak di seluruh pelosok dunia, dan ia memberi kesan besar yang melibatkan semua pihak terutamanya golongan generasi muda pada masa hadapan. Di antara industri di negara ini yang melibatkan semua lapisan masyarakat, industri kecil dan sederhana (IKS) juga disebut industri luar bandar dan merupakan industri tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang kita. Industri ini adalah salah satu industri penting dan menyumbang kepada pendapatan negara. Persoalannya, bagaimanakah generasi muda dapat  mengembangkan industri ini lebih jauh?

Antara usaha utama yang dapat dilakukan adalah dengan berusaha untuk mempelajari cara pembuatan sesuatu produk yang dihasilkan daripada industri ini. Misalnya, seperti labu sayong, keris, dan pelbagai lagi produk setempat. Hal ini supaya produk yang dihasilkan daripada industri ini tidak luput ditelan zaman. Generasi muda khususnya wajar diberikan peluang dan ruang untuk belajar teknik pembuatan produk industri di kawasan mereka. Cara pembuatan ialah dari segi bahan untuk membuatnya, seperti tanah liat untuk membuat labu sayong. Teknik yang betul untuk mengukir. Hasil daripada usaha ini dapatlah meningkatkan pendapatan penduduk setempat yang mengusahakan produk tersebut seterusnya menonjolkan keistimewaan sesuatu tempat menerusi produk yang dihasilkan. Keistimewaan kawasan tersebut juga bakal menggamit pengunjung dari dalam dan luar negara untuk datang melawat dan mempelajari sendiri cara pembuatannya. Oleh itu masyarakat setempat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjayakan usaha ini bagi menjamin masa hadapan yang produktif oleh golongan-golongan generasi muda pada masa hadapan.

Di samping itu, masyarakat setempat haruslah membantu pengusaha industri kecil dan sederhana ini dengan membeli barangan atau produk yang dihasilkan. Hal ini sebagai salah satu tanda sokongan masyarakat terhadap produk tempatan yang dihasilkan. Sekiranya masyarakat setempat membeli barangan yang dihasilkan, sudah pasti pengusaha akan lebih bersemangat dan bersikap proaktif untuk mengembangkan produk yang mereka pasarkan bagi membeli lebih proaktif untuk mengembangkan produk lebih proaktif. Golongan generasi muda akan lebih berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Hal ini akan membuktikan perniagaan yang akan diwariskan kepada golongan lebih muda yang berkemampuan bagi memajukan industri kecil dan sederhana. Selain itu, ini merupakan salah satu sumber pendapatan. Peluang pekerjaan yang lebih cerah bagi golongan generasi muda pada masa hadapan dapat diberi peluang keemasan ini kepada mereka sekaligus bagi memajukan industri kecil dan sederhana.

Seterusnya, kerjasama semua pihak dalam usaha memajukan industri kecil dan sederhana ke seluruh pelosok dunia. Masyarakat perlu yakin dengan kemampuan dan keupayaan produk setempat untuk dipasarkan dan mencapai kemajuan tersendiri. Institusi pendidikan sewajarnya mendedahkan pelajar-pelajar mereka dengan produk IKS di kawasan setempat. Hal ini perlu dilakukan sejak dari sekolah Rendah lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pelajar-pelajar ini diberikan pendedahan awal tentang produk IKS masyarakat setempat nescaya minat mereka terhadap produk yang dihasilkan mampu ditanam dan dibentuk dalam diri dari bangku sekolah lagi.

Di Malaysia, kerajaan dan swasta memainkan peranan penting dalam menarik golongan muda dan belia terutamanya untuk menceburkan diri dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya di kalangan luar bandar. Di samping itu, sektor industri kecil dan sederhana ini dianggap penting kerana memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan negara. Usahawan yang berjaya bukan sahaja mencipta perniagaan baru malahan mencipta perniagaan baru dan bahkan meningkatkan peluang pekerjaan berorientasikan sumber penciptaan penemuan, teknologi baru dan inovasi terkini.


FELDA KOTA GELANGGI 4

Ikuti Kami di Instagram