Usaha kerajaan untuk membangunkan IKS telah
bermula sejak zaman penjajahan lagi. Kepentingan IKS sering diakui dan diberi
sokongan oleh kerajaan. Penekanan terhadap sektor ini berbeza dari semasa ke
semasa bergantung kepada keperluan dan desakan semasa. Industri kecil dan sederhana dalam
pembangunan ekonomi negara cukup besar. Peranan dan sumbangan industri kecil
dan sederhana oleh pelbagai pihak semakin tinggi. Pelbagai program dalam
meningkatkan pembangunan industri kecil dan sederhana turut dirangka dan
dilaksanakan baik oleh agensi dan institusi kerajaan mahupun swasta dalam
memastikan perkembangan pesat industri kecil dan sederhana selaras dengan
pertumbuhan yang baik dalam ekonomi negara.IKS memberi peluang yang baik untuk
merangsangkan kegiatan keusahawanan. Bekas Perdana Menteri, Datuk seri Dr.Mahathir Mohamad turut mengakui hakikat
ini dalam kertas ucapan “Malaysia: The Way Forward”, beliau yakin bahawa IKS
menjadi medan asas kepada kelahiran usahawan - usahawan pada masa depan.
Kekuatan IKS boleh dilihat dari sudut pembangunan keusahawanan , penyediaan
peluang pekerjaan , pengagihan pekerjaan,pengagihan pendapatan , penggerak
tabungan,penyediaan tapak latihan , penciptaan pendapatan,penggunaan sumber
tempatan, pembentukan modal tambahan, penggunaan modal secara ekonomik dan
pelengkap kepada industri besar. Pada masa kini, pembangunan IKS di luar bandar
mendapat sambutan yang agak rendah berbanding dengan industri-industri di
kawasan Bandar. Kepakaran dan modal pelaburan terhadap pembangunan sumber tenaga
manusia di kalangan IKS di luar Bandar agak rendah. Ini memberi halangan
penting ke arah pembangunan dan perkembangan IKS negara yang lebih kompetitif
dan berwibawa.Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mewujudkan
pelbagai agensi untuk membangunkan IKS di luar Bandar.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan
sebagai perusahaan perkilangan atau industri yang bertaraf tempatan dan skala
operasinya kecil berbanding dengan industri multinasional yang besar. Mengikut
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), sebuah syarikat
dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan mempunyai pekerja
sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang
usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.
IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan
ekonomi negara dengan mewujudkan, megembangkan dan mengukuhkan lagi struktur
asas pembangunan industri negara. Pembangunan ekonomi menghubung dan
menggabungkan ekonomi negara ini dengan
perubahan dan aktiviti ekonomi antarabangsa. Pembangunan industri negara
bergantung kepada pengeluaran barangan
untuk dieksport. kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat
terutamanya penduduk di luar bandar.
Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar
bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos
tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain
lagi. Pengusaha kilang dapat menjual
hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta
pengunjung-pengunjung yang lain.
Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil
IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.Ini menyebabkan
produk mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. IKS ini sangat penting
untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya
meningkatkan ekonomi negara.
Secaranya umumnya, IKS membuka banyak peluang
pekerjaan, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam
melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di
peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam
meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.
Perkara yang sering diperkatakan dalam IKS ialah
ia berupaya membina lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada orang ramai.
Hal ini demikian memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara
intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma besar.
Ini secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa
fungsi pengeluaran dalam operasi IKS.
Peranan IKS sebagai tempat latihan dalam
pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha tidak dapat
dipertikaikan lagi. Dengan jumlah modal tersebut, pengusaha IKS dapat latihan
dan pengetahuan yang berguna mengenai selok-belok operasi perniagaan dan
bergantung hidup kepada perniagaan tersebut.
IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di
negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa pulang ke negara
mereka. Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan daripada
pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh pasu
bunga, batik, songket, tikar, bakul dan sebagainya. Hasil kraf tangan
melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan
berjuta-juta ringgit untuk membeli
kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan dan keluarganya. Kualiti
serta keunikan kraftangan Malaysia akan
menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ia meningkatkan imej dan ekonomi
negara menerusi sektor pelancongan.
Dorongan dan kerjasama kerajaan amat penting bagi
merancakkan lagi pembangunan IKS selari dengan arus kemodenan zaman kini yang
berterusan bagi memenuhi permintaan yang tidak putus oleh pengguna. Dan bagi
tidak membiarkan IKS ketinggalan oleh arus ini haruslah kerajaan menyediakan
intensif yang mampu menggalakkan pengusaha IKS termasuklah yang di luar bandar
beralih daripada cara tradisional kepada teknologi moden. Pengusaha IKS di luar
bandar juga perlu didedahkan dengan bidang teknologi moden supaya perusahaan
mereka dapat diperbesarkan dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan
sehingga ke luar negara. Ke arah itu juga, persekitaran yang lebih kondusif
bagi pengusaha IKS membangunkan jenama masing-masing perlulah disediakan.
Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai
inisiatif dan program untuk menyokong pembangunan IKS. Ini bertujuan untuk
menggalakkan pembangunan IKS yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah
meningkatkan sumbangan IKS kepada ekonomi negara.
Sesebuah IKS akan maju jika diberi pertolongan
dalam semua perkara terutamanya dari segi pinjaman kewangan.
Kerajaan telah memperuntukkan
jumlah dana yang semakin meningkat pada setiap tahun untuk pengusaha yang baru
menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana
pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu perusahaan
terutama, IKS sering dikaitkan dengan kekurangan dana untuk membeli teknologi.
Kerajaan turut menyediakan
infrastruktur atau kemudahan bagi menyokong pertumbuhan IKS terutamanya kepada
IKS di kawasan luar bandar. Antara kemudahan yang disediakan ialah kilang dan
bengkel, penyediaan subsidi tanah,
subsidi mesin dan subsidi pengangkutan dan sebagainya. Kemudahan tersebut juga
memberi rangsangan kepada IKS dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan
memajukan organisasi.
Penggunaan mesin pula ia boleh meningkatkan
hasil keluaran dan menjamin kualiti yang baik, di mana ia amat mempengaruhi
pemasaran untuk pembekalan yang berterusan
serta, dapat meneroka pasaran
baru dengan kos yang minimum. Tambahan lagi, aplikasi teknologi yang
membolehkan IKS meningkatkan kualiti produk dan jumlah pengeluaran ialah
melalui penggunaan mesin.
Penggunaan mesin yang lebih efektif dan
menjimatkan masa dapat menghasilkan
sesuatu proses dengan cepat serta
mampu menghasilkan jumlah pengeluaran produk dalam kuantiti yang banyak.
Penggunaan teknologi maklumat, pengusaha IKS dapat mengakses maklumat dari masa
ke semasa berkaitan perniagaan dengan
lebih meluas. Disamping itu, dapat
melahirkan idea – idea yang lebih
kreatif serta kaedah atau cara yang boleh digunakan untuk memperbaiki operasi
perniagaan .
Dengan
cara sebegini pelanggan tidak perlu bersemuka
dengan peniaga dan mampu membuat tempahan. Dalam usaha untuk mempromosikan
produk dengan menggunakan laman sosial seperti facebook, myspace dan lain –
lain. Dengan laman web juga maklum balas dapat diterima dengan cepat melalui
email atau ruangan maklumbalas yang telah disediakan. Oleh itu, pengguna boleh
mengemukakan idea dan komen, hal ini membolehkan pengusaha IKS sentiasa peka
dengan kehendak dan permintaan pasaran
dari masa ke semasa.
Sejajar dengan arus kemajuan teknologi membawa banyak manfaat terhadap penggunanya dan masih banyak perkara yang masih belum dieksploitasi secara sepenuhnya. Dengan teknik dan kefahaman yang lebih lagi pengusaha IKS mampu melonjakkan lagi perusahaan mereka ke peringkat lebih tinggi dan memberi impetus bagi mendorong pembangunan ekonomi Malaysia dalam kalangan perusahaan lain. Keberkesanan IKS dapat dipengaruhi oleh kehadiran teknologi moden dan cara pengusaha IKS mengaplikasikan teknologi in dengan berkesan.